Masalah Rambut Berbau

Siapa yang nak punya rambut berbau. Lebih lagi, kita yang bertudung nie. Menyedut baunya bila cabut tudung, rasa nak pitam!


Jadi, sebab itulah kita yang bertudung nie perlu menitik beratkan soal kebersihan dan penjagaan rambut dengan sebaik mungkin.Jangan pandang enteng!
Mungkin ada yang berpendapat,apa nak dikisahkan sangat.Pakai tudung, kot! Tapi, kalau tanya Sis, memang Sis kisah, rambut kan mahkota wanita. Ecehhh… Kalau dulu zaman tak pakai tudung, Sis giler babun jaga rambut Sis yang panjang mengurai tu, dah bertudung nie lagilah menjaganya. 



Biarlah bila buka tudung tu, rambut berbau harum mewangi jer. Dan bila berpeluh, biarpun kepala berbalut tudung seharian, tak tergaruk-garuk disebabkan kulit kepala gatal.
Sebenarnya apa yang boleh membuatkan rambut berbau dan bagaimanakah cara untuk mencegahnya? Baca kat bawah nie ya….



APA YANG BUAT RAMBUT JADI BERBAU?
Berpeluh memang sihat dan tidak menjadi masalah selagi korang rajin menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala.
Kepala yang berpeluh boleh menyebabkan bau pada rambut.Rambut berbau juga boleh terjadi disebabkan adanya bakteria pada kulit kepala.Semakin rambut kita berminyak boleh melekat bau pada rambut.



CARA MENCEGAH RAMBUT DARIPADA BERBAU:
1. Cucilah rambut pada setiap hari untuk menjaga agar kulit kepala sentiasa bersih dan kering.

2. Pakai tudung dalam keadaan rambut yang basah. Keadaan kulit kepala lembab akan mengundang bakteria dan kulit membiak di kepala, yang mana bergabung dengan peluh sehingga menimbukkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Minum air masak secukupnya kerana ia turut mempengaruhi nutrisi pada kulit kepala dan membuatkan rambut tidak mudah mengeluarkan bau.

4. Kurangkan pengambilan makanan berkafein dan pedas yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat dan mengeluarkan peluh pada kepala.

5. Elakkan perasaan bimbang dan stress sebaik mungkin kerana boleh menyebabkan korang berpeluh.

6. Pilihlah syampu yang sesuai.Pakai syampu yang tak sesuai dengan rambut juga boleh membuatkan kepala terasa gatal sehingga membuatkan kulit kepa terkena infeksi.

Jika rambut korang jenis berminyak, sebaiknya elakkan pakai perapi atau conditioner kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan membuatkan rambut jadi lebih berminyak.

3 CARA TRADISIONAL YANG BOLEH MENGATASI RAMBUT BERBAU
Sebenarnya ada banyak cara atau petua tradisional yang boleh korang cuba untuk untuk menghilangkan bau dan rambut kita akan jadi lebih wangi dan segar.
Cuma yang Sis share nie adalah cara tradisional yang sering Sis praktikan sejak dulu lagi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambut Sis daripada berbau, kelemumur dan juga kegatalan kulit kepala. Kalau korang rasa nak cuba, silakan… dan rasakan sendiri keberkesanannya. Gitewww… hahaha…



1. LIDAH BUAYA
Khasiat lidah buaya untuk kecantikan wanita memang tak perlu diragui lagi. Begitu juga untuk rambut. Bukan setakat menyegarkan dan menyuburkan rambut, tetapi juga boleh mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala berminyak. Secara tak langsung membuatkan rambut kita menjadi lebih harum.
Caranya mudah jer, hancur-hancurkan isi lidah buaya tu. Kemudian lumurlah isi atau gel lidah buaya tu ke kepala. Ramas atau urut-urut biar sampai meresap ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air.



2. LEMON
Selain menyedapkan masakan, Sis memang suka menggunakan lemon dalam masakan. Tak pun, potong-potong lemon, perah dan campur dengan air masak. Minum! Fuh… melegakan tekak. Hahaha…

Di samping tu, kalau dah ada lemon Sis suka gunakan khasiat lemon nih untuk rambut. Bukan setakat masalah kelemumur dan gatal kulit kepala selesai, masalah rambut berbua pun settle tau! 

Lepas siap bersyampu, ambik air perahan lemon nih lumur kat rambut.Urut-urut dan biarkan selama 5 minit. Lepas tu bilaslah dengan air bersih.



3. TOMATO
Kalau korang nak tahu, kat rumah Sis jarang sekali tak ada buah yang satu nie.Selain suka masuk dalam masakan, terutama pasta atau buat ulam, Sis suka juga tenyeh-tenyeh kat muka. Hahahaha… maklumlah muka pernah ‘jahanam’ jadi proses pemulihan tu mesti diteruskan hahhaa…
Di samping tenyeh-tenyeh kat muka, Sis suka jugak lumurnya kat rambut. Kalau korang rajin boleh jer blender, biar jadi macam jus tomato. Disebabkan Sis pemalas sikit, Sis biasanya ramas-ramas jer.
Biasanya lepas siap-siap bersyampu, Sis akan lumur pulak kepala dengan ramasan tomato ni kat rambut. Biarkan selama 5 minit sambil urut-urut lembut kulit kepala. Kemudian bilaslah dengan air sampai bau tomato tu hilang.
Begitulah ceritanya bagaimana Sis mengatasi masalah rambut berbau. Cubalah, mana tau cara atau petua ni serasi dengan rambut korang yang bermasalah tu. Rambut berkelemumur, berminyak dan gatal kulit kepala pun boleh try praktikannya. Sis buat nie seminggu sekali jer. Kalau korang rajin, boleh buat selang sehari.

Okay, selamat mencuba. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed