Punca Mengantuk Lepas Makan Nasi

Pelik betukl, kadang-kadang makan nasi tak banyak mana. Tapi rasa mengantuknya  yaa amat! Menguap banyak kali, sampai berair-air matalah dibuatnya!



Rasanya situasi tersebut bukan Sis sorang jer yang alaminya, kan…. Sis kalah, kalau lepas lunch. Kena pulak, lauk sedap. Balun lebih sikit, dan lepas tu tanggunglah azabnya. Mengantuk giler, kalau disorongkan bantal memang trus kroh.. kroh.. kroh lah. Hahahahaa….
Menurut sumber-sumber info yang Sis baca, rasa mengantuk dan malas selepas kita menikmati nasi tu boleh menjadi salah satu tindakbalas tubuh kita terhadap proses perubahan kimia dalam sistem penghadaman kita.



Nasi merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi. Nasi juga mempunyai nilai indeks glycemic yang tinggi. Lagi-lagilah kalau kita makan nasi putih. Kadar gula dalam darah pun melonjak naik dan kemudiannya turun secara drastik dan itulah yang membuatkan kita jadi mengantuk.
Rasa mengantuk tu juga boleh disebabkan beberapa jenis makanan yang kita makan, yang mana mungkin adalah makanan manis.Ketika tubuh kita menerima makanan yang tinggi gula, pancreas akan mengeluarkan banyak insulin.
Insulin yang berlebihan pula akan mengalirkan asid amino tryptophan ke otak. Kemudian ketika tiba di otak, asid amino tryptophan akan meningkatkan pula kadar hormone serotonin dan melatonin.



Kedua hormone ini berkait rapat dengan kemunculan rasa mengantuk tersebut. Serotonin akan membuatkan kita berasa lebih relaks dan tenang. Manakala hormone melatonin sendiri adalah hormone yang akan mengeluarkan isyarat supaya tubuh boleh beristirahat.
Jadi, janganlah pelik kalau sebaik sahaja lepas kita makan nasi, terutama dalam jumlah yang banyak atau berpinggan-pinggan, kita akan rasa mengantuk yakamat. Hahaha…

TIPS HILANGKAN RASA MENGANTUK YANG BOLEH KORANG CUBA:



1. Cuci muka. Sis rasa ini adalah cara paling efektif dan nak lebih sedap lagi cucilah muka dengan air sejuk. Sudah pasti korang akan rasa segar dan terus hilang mengantuk.

2. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama lima saat. Lepas tu lepaskan. Buatlah banyak-banyak kali. Cara ini sangat membantu tau supaya lebih banyak oksigen yang masuk ke otak dan membuatkan korang tak lagi rasa mengantuk Ini adalah kerana ketika korang menguap tu, kadar oksigen yang masuk ke dalam otak berkurangan.

3. Rehat jap! Kalau korang tengah belajar atau bekerja, terpaksa pula menghadap komputer sepanjang hari boleh membuatkan korang tambah mengantuk dan mata pun jadi penat.

Cuba buat regangan badan sikit, goyangkan kaki, tangan, pinggang atau kepala korang. Di samping tu, alihkan juga pandangan mata korang memandang komputer, bangun dan bawalah berjalan-jalan selama 10 minit. Bila kita bergerak secara tak langsung akan meningktkan kadar energi di dalam tubuh dan menghilangkan rasa mengantuk. 



4. Minumlah teh hijau.Walaupun kandungan zat kafein yang terdapat dalam kopi boleh menstimulasikan otak supaya segar balik, tetapi kalau diambil secara berlebihan, tak ok juga untuk kesihatan.Jadi, lebih baik korang amalkan minum teh hijau.Nie haa.. teh hijau yang menjadi kegemaran Sis, dulu kini dan selamanya. 

Selain ada antioksidan, teh hijau nie juga elok untuk menjaga stamina tubuh. Di samping, hilangkan rasa mengantuk dapat juga Sis jaga berat badan Sis. Teh hijau yang Sis minum tu sesuai untuk korang yang nak diet atau turunkan berat badan. Try lah….


Lagi satu perkara, Sis nak share jugak tentang bab beras nie. Kat rumah Sis memang masak nasi pakai Beras Herba Faiza. Actually, beras nie elok untuk orang yang ada diabetis dan nak diet. Beras nie tak ada kanji, so ramai yang tak suka. 

Tapi, Sis sekeluarga rasa ok jer, sedap jer dan bila kita makan banyak tak rasa ‘mengah’ dan mengantuk. Lagipun, dah makin tua nie kenalah jaga kesihatan. Mencegah tu lebih baik daripada mengubati, kan…

Begitulah ceritanya. Oklah sekian dulu. Sampai jumpa lagi. Taataaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Foto: Sumber Google