PELANCARAN ZAKAT 2U 4.0

Hari Jumaat yang penuh barakah, bertempat di Wisma PPZ-MAIWP, Taman Shamelin telah berlangsung majlis Pelancaran Zakat2U versi terkini 4.0









Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.Ternyata tahun demi tahun, PPZ-MAIWP sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.



BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE
Zakat online sendiri adalah proses pembayaran zakat yang dilakukan melalui sistem digital, di mana pembayar zakat tidak berjumpa lansung dengan ambil zakat dalam melakukan pembayaran zakat ini. Cara ini muncul seiring dengan perkembangan zaman di mana masyarakat mengharapkan kemudahan serba canggih dengan bantuan teknologi.

Pembayaran zakat secara online telah diperkenalkan oleh PPZ-MAIWP sejak tahun 2011 lagi. Jadi, dengan kewujudan pembayaran secara online ini jelas membuktikan tiada lagi halangan untuk kita semua yang telah cukup syarat untuk menunaikan zakat.Bahkan teknologi seperti ini semakin memberikan kemudahan kepada seluruh umat Islam untuk membayar zakat.

BANYAK KELEBIHAN
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, masyarakat hari ini cenderung mengikuti tren teknologi.Situasi ini turut dimanfaatkan oleh PPZ-MAIWP untuk menyebarkan gerakan dakwah tentang kewajipan berzakat. Secara tak langsung, dengan adanya kecanggihan teknologi sebegini, PPZ-MAIWP rasa terbantu.
Beliau berharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh pembayar zakat dan juga bakal pembayar zakat.Apa yang membanggakan, sejak diperkenalkan, setiap tahun jelas terdapat peningkatan kutipan zakat.Untuk tahun ini, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat akan mencecah RM25 juta, menjelang akhir 2018.

Kalau korang nak tahu, perkhidmatan pembayaran zakat2u 4.0 ini mempunyai banyak kelebihan selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini untuk memudahkan kita semua berzakat.Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi dalam talian dengan mudah dan cepat.


Antara kelebihan terkini atau penambah baikan yang dibuat menerusi ZAKAT2U 4.0 :

KULKULATOR ZAKATPengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas. Dengan kalkulator zakat pun kita dah boleh tahu yang kita nie layak ataupun tidak untuk berzakat.

TROLI ZAKAT
Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat.

CHATBOT ZAKAT
Integrasi pembayaran zakat menggunakan aplikasi Ustaz Amil di peti perbualan (chatbox) FB Messenger.Kalau korang ada permasalahan, pertanyaan dan sebagainya tentang zakat, bolehlah tanya dengan Ustaz Amil nih. Nak tahu siapakah dia Ustaz Amil nie? Ustaz Amil adalah robot alam maya yang ditugaskan siang dan malam, 24 jam untuk menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan. Hebat, kan?

RESIT RASMI
Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.Lepas bayar, dah boleh cetak terus resit pembayaran tersebut.

BACAAN DOA
Bacaan doa untuk para muzzaki setelah selesai pembayaran zakat.

VIDEO TUTORIAL
Panduan tentang pengiraan zakat.



Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Talian Zakat: 1-300-88-5757 atau layari https://www.zakat2u.com.my/
Semoga sistem zakat2u 4.0 ini akan memberikan lebih banyak kemudahan dan juga manfaat untuk orang ramai menunaikan kewajipan berzakat demi kehidupan yang lebih berkat.



Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed