Lovely Gifts, Merry Deals


Sempena perayaan Krismas nie banyak betul promosi hebat yang ditawarkan. Yang bestnya, di Guardian pun ada dan banyak set hadiah eksklusif yang menarik dan praktikal serta lebih jimat!


Kalau korang masuk atau singgah ke Guardian, pasti akan tertawan bila melihat set-set hadiah yang eksklusif terpamer di rak. Ada macam-macam jenama, termasuk jenama antarabangsa dan jenama Guardian (own brand) sendiri yang memberikan lebih banyak penjimatan. Time tengah promosi nie lah elok kalau kita nak berbelanja.



ADA 80 SET HADIAH EKSKLUSIF

Ada lebih kurang 80 set hadiah yang eksklusif menarik untuk korang beli sempena promosi ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ Guardian. Kalau tak nak beli untuk tersayang, keluarga ataupun sahabat handai, beli untuk diri sendiri pun tak ada masalah. Kadang-kadang kita kena juga hargai diri sendiri dengan “reward yourself”. Hahahha…. Penting nih!
Set hadiah tersebut terdiri daripada barangan kosmetik, beg, penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan tangan, set mandian, wangian, set berus dan banyak lagi.



Di hari pelancaran ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ tu juga turut diumumkan pada 10 Disember 2018 nanti, Guardian akan sediakan perkhidmatan ‘Your Personal Guardian’. Kalau korang rasa buntu nak beli hadiah apa, bolehlah mendapatkan idea ataupun cadangan daripada mereka. Setiap pelanggan yang membeli disyorkan oleh ‘Your Personal Guardian’ akan menerima beg membeli-belah percuma daripada Guardian. 

Di samping itu bagi kekal relevan dengan pelanggan dalam arus zaman yang sentiasa berubah, Guardian Malaysia juga turut melancarkan ‘Your Personal Guardian’ di Facebook Messenger. Ia bertujuan untuk membantu dan memberi inspirasi kepada pengguna bagi mendapatkan set hadiah yang sesuai untuk orang tersayang melalui kuasa chat.
Sekian dulu catatan Sis kali ini. Jumpa lagi dan selamat bershopping di Guardian.



Lurve,
Sis Anie Mohamed