Cerita atau isu tentang MAIWP tidak agihkan zakat dengan telus ini dah lama kedengaran. Macam-macam persepsi dan tanggapan negatif dibangkitkan. Sebenarnya apa motif mereka. Kalau tak tahu kesahihannya, janganlah main tuduh sembarangan ok!


Sebelum Sis bercerita dengan panjang lebar, tentang cerita panas tu, Sis nak tanya sikit, korang faham ke fungsi atau peranan MAIWP nie? Korang tahu tak bagaimana pengagihan zakat di Wilayah Persekutuan ini dilaksanakan. Kalau kita sendiri sebenarnya masih belum faham, sebaiknya janganlah kita memandai-mandai atau saja ‘tumpang semangkuk’ mengatakan pihak MAIWP tidak melaksanakan tanggungjawab dengan betul … dengan telus.
Adakalanya kita perlu pandang dengan mata hati kita, bagaimana usaha keras MAIWP, Baitulmal dan juga PPZ bergandingan bahu cuba meringankan bebanan masyarakt Islam hari ini.

FAHAMI PERANAN DAN FUNGSI MAIWP
Korang juga kena faham peranan MAIWP dalam pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan ini. Fungsi MAIWP adalah nmenguruskan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tiga kawasan tu tau… bukan satu Malaysia!
Sis rasa, masih ramai yang masih belum jelas lagi tentang tugas Pusat Punggutan Zakat (PPZ) MAIWP. Biar Sis jelaskan sikit dengan cara yang paling mudah untuk difahami, PPZ MAIWP adalah TUKANG KUTIP DUIT ZAKAT. Manakala AGIHAN ZAKAT pula dilaksanakan oleh MAIWP sendiri.



ADA PELBAGAI BENTUK PROGRAM AGIHAN ZAKAT
Bagi yang kata, MAIWP tak pandai buat kerja, tak laksanakan agihan zakat dengan betul, kena belajar mengenalpasti. Dekati MAIWP dan dapatkan penjelasan yang sebenar bagaimana agihan zakat tersebut dibuat.

Apa yang Sis ketahui, MAIWP telah merangka pelbagai bentuk program agihan zakat ini. Saban waktu mereka sentiasa memperkemaskan dan memantapkan lagi sistem pengurusan dan agihan zakat yang sedia ada dengan lebih baik.
Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu sahaja tau.

Sebagai contoh satu keluarga yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin.
Mereka akan dibantu antaranya dengan:

i. Bantuan Kewangan Bulanan.

ii. Bantuan Sewa Rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah.

iii. Bantuan Pelajaran kepada anak-anak.

iv. Bantuan Perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan.

v. Bantuan Perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan.




PROSES PERMOHONAN DAN PENYALURAN BANTUAN ZAKAT
Bagi memastikan pengurusan agihan zakat dapat dilaksanakan dengan betul dan penerima bantuan ini merupakan golongan asnaf, pemohon perlu membuat permohonan.
Sebelum ini, proses permohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP. Tetapi sejak tahun 2008, bagi memudahkan lagi orang ramai untuk berurusan dengan Baitulmal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Puast Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA.
Sehingga kini terdapat 10buah PAZA telah dibuka iaitu 9 di Kuala Lumpur dan satu di Labuan.

Lokasi PAZA:
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami

MOHON DI PAZA!
DI PAZA, segala bentuk urusan permohonan yang dibuat dibuat di ibu pejabat kesemuanya boleh dibuat di PAZA.
Pihak MAIWP juga telah menyediakan borang permohonan yang ringkas dan mudah iaitu sehelai kertas sahaja dengan dua halaman. 

Di samping itu MAIWP juga turut menyediakan Kaunter Bergerak Baitulmal MAIWPyang selalu turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya.



Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Kalau korang nak tahu, Skuad ini secara rutin turun padang ke PPR dan lain-lain lokasi yang dilihat ada ramai yang memerlukan.
Selain itu, korang yang ternampak atau mengetahui kesusahan hidup orang-orang yang berada di sekeliling kita, jangan berdiam diri atau kemaruk nak viral, sedangkan kita masih boleh guna saluran yang betul untuk membantu kesengsaraan hidup mereka. Kerjasama kita sesama insan juga sangat diperlukan, salurkan maklumat tersebut kepada pihak berwajib. 

Korang boleh hubungi:

Hotline : 012-518 3614/ 012-512 7614

Talian bebas tol: 1800885222
Facebook: Baitulmal MAIWP dan MAIWP

ADA BIROKRASI DALAM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT?
Ishhh… mana ada! Tak ada istilah birokrasi yang menyusahkan dalam permohonan bantuan zakat di MAIWP ini.

Ikut prosuder tu biasalah kan… nak mintak kerja sekalipun sambilan sahaja, nak mintak biasiswa dan sebagainya pun, kita kena isi borang. 

Mengisi borang bagi mendapatkan maklumat asas penting pemohon,dan kita tidak boleh semua tu sebagai birokrasi yang menyusahkan.Apatah lagi borang permohonan hanyalah sehelai, 2 halaman jer pun.

Maklumat penting ini diperlukan bagi memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima zakat. Ini kerana MAIWP memikul amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan untuk mengagihkannya kepada asnaf yang layak dan memerlukan sahaja.

Bukan susah sangat pun nak isi borang permohonan tu, tak der pun kena ada pengesahan mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.
Apa yang dikatakan susah sangat tu, sedangkan proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari. Bagi kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan dengan segera, tak ada bertangguh-tangguh atau sajer-sajer diperlengah-lengahkan.



SEJAUH MANA KETELUSAN DALAM PENGURUSAN ZAKAT?

Jika kita tak tahu sejauh mana ketelusan MAIWP dalam pengurusan zakat ini, jangan pandai-pandai kita nak sembang lebih!
MAIWP pun tidak dapat lari daripada diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Bagi setiap sen zakat yang ingin dibelanjakan perlu mendapatkan kelulusan daripada JK Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti.

Bukan depa pandai-pandai sendiri jer nak berbelanja itu ini! Ada pihak yang memantau dan sentiasa memerhati setiap single sen yang dikeluarkan itu.
Setakat ini MAIWP telah menerima Sijil Audit Bersih, lebih 10 kali. Berturut-turut pula sejak 2006 dan Penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan juga daripada Jabatan Audit negara selama 3 tahun berturut-turut 2011 hingga 2013. So, macam mana lah dorang tu sanggup kata, pihak MAIWP tak telus dalam pengurusan zakat ini.

CARA LAIN MAIWP AGIH ZAKAT
Okay, menerusi agihan zakat secara tidak langsung MAIWP, di mana dana zakat dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang.
Dalam aktiviti pendidikan, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sehingga pengajian tinggi. Antara institusi pendidikan di bawah MAIWP adalah:

1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri 

2. SMA-MAIWP Labuan

3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak

4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan

5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan

6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda

7. Darul Ilmi di Sungai Penchala

8. Pondok Moden Al-A’baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak

9. Ma’alim al-Sunan Li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah

INSTITUSI PERLINDUNGAN & KEBAJIKAN

* Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak untuk anak-anak yatim

* Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial

* Darul Hidayah – perlindungan untuk muallaf

SENTIASA DAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL
Sekiranya korang nak tahu lebih lanjut tentang agihan zakat MAIWP nie, jangan malas-malas nak dapatkan info atau maklumat yang cukup jelas.Lagi-lagi kalau korang punya persepsi negatif terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada pihak MAIWP ini. Korang boleh layari:

Laman web : www.maiwp.gov.my

Facebook MAIWP : www.facebook.com/maiwp.hq

Facebook Baitulmal MAIWP:www.facebook.com/baitulmal.wp/

Instagram: @hqmaiwp

Youtube : MAIWP TV

Semoga perkongsian Sis berkenaan pengagihan zakat MAIWP ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk semua. Buat MAIWP,biarpun dicetus dengan pelbagai tanggapan negatif, semoga kalian terus cekal dan utuh menempuh rintangan bagi membuktikan kalian sentiasa melakukan yang terbaik dan berada di landasan yang betul dari segi kutipan dan agihan zakat demi membela nasib masyarakat Islam asnaf fakir miskin di seluruh Wilayah Persekutuan.
Sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed