Karnival Main-Main 2018

Cuti sekolah nie korrang dah ada plan ke? Kalau belum, tak tahu nak ke mana-mana, jomlah kita meriahkan karnival paling gempak di selatan tanah air! Iskarnival Main-Main 2018 akan berlangsung pada 8 & 9 Disember ini, bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Baharu.



Best giler korang, karnival nie ada banyak aktiviti menarik yang dianjurkan oleh EUM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) sepanjang dua hari Iskarnival Main-Main 2018 ini berlangsung. Pilih jer aktiviti yang mana satu berkenan di hati korang nak join. Semuanya best dan masuk adalah PERCUMA! 

Semua aktiviti, sama ada persembahan, bengkel atau bazaar sepanjang dua hari ini bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga 12.00 tengah malam. Korang bolehlah atur masa, jam berapa korang nak datang ke sini.



Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menikmati keseronokan serta kemeriahan dalam meraikan Iskandar Puteri sebagai hub inovasi dan kreativiti. Oh ya... korang yang minat ambil gambar, kena join Iskarnival Main-Main Photo Competition. Boleh menang wang tunai woooo.... Nanti letak sekali hastag #iskarnival2018 dan #mainmain2018 tau.



Festival seni terbesar ini yang mengangkat tema “Main-Main” menyediakan platform bagi memberi inisiatif dan bakat tempatan untuk meneroka dan bereksperimen berdasarkan idea tema tersebut bagi semua peringkat umur.



Bak kata, Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong Koon Keng, ekonomi kreatif mampu membentuk lebih banyak pencipta dan artis Malaysia menjadi golongan professional. Secara tak langsung ia akan menyumbang elemen-elemen positif ke arah kesejahteraan ekonomi negara secara keseluruhan.

PERGH! BANYAKNYA AKTIVITI MENARIK
Memang tak bosan weii kalau korang datang ke Iskarnival Main-Main 2018, hari Sabtu dan Ahad nie. Ada macam-macam, lebih dari 50 persembahan dan aktiviti menarik. Korang yang suka aktiviti bengkel kreatif macam bengkel lakonan, pembikinan muzik pun ada. Tidak terkecuali bengkel untuk anak-anak.

ADA RAMAI SELEBRITI HEBAT!

































Kalau tanya Sis, selain mahu melihat persembahan artis-artis hebat seperti Hujan Band, Zee Avi, Zamaera, Alif,Full Pledge Munkees,Joe Flizzow,Lyia Meta,Man Bai & Rahim Maarof, Mustache & Beard, Sonaone dan Yung Raja, Sis nak tengok pertunjukan The Moscow Circus dan masuk ke taman hiburan Dinosaur Kingdom. 



Lagipun pertunjukkan sarkas bertaraf antarabangsa ini dibuat di bawah khemah sarkas Big Top terbesar di Malaysia! Bukan itu sahaja, bagi peminat Hello Kitty ada sesuatu yang istimewa buat korang. Di Sanrio Hello Kitty Town ada persembahan “Great Witch Musical” yang cukup menghiburkan. Opss…. Kalau dah sampai nanti jangan lupa singgah kat Thomas Town, ada landasan terbaru tau… dan kalau nak menang hadiah daripada Thomas & Friends, ada soalan-soalan mudah yang perlu dijawab.

Kalau nak tahu lebih lanjut korang layari https://www.facebook.com/Iskarnival.IskandarMalaysia/



Jomlah kita ke... 

ISKARNIVAL MAIN-MAIN 2018

8 & 9 Disember 2018
12:00PM - 10:00PM
Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim
(Waze: Sanrio Hello Kitty Town)

Jumpa di sana dan selamat berseronok!

Lurve,
Sis Anie Mohamed