Hari Sabtu yang penuh makna! Kalau korang nak tahu, hari ini bersamaan 23 Rabiul Awal 1440H (Sabtu) telah berlangsung satu karnival hebat iaitu Year-End-Zakat (YEZ) 2018, di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Acara Liga Quran menampilkan Man Raja Lawak, PU Rahmat dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman 
Karnival ini berlangsung selama dua hari, 1(Sabtu) & 2 (Ahad)Disember, 2018. Masuk adalah PERCUMA dan sewal j 9.00 pagi korang dah boleh datang ke sini. Nak datang lepas maghrib hari ini pun masih boleh, sebab karnival ini akan berakhir pada jam 10.00 malam.


Sebelah malam ni, sekitar jam 9.00 malam ada Pertandingan Gusti Lengan dan juga Konsert YEZ. Ramai artis yang terlibat, antaranya Hijazz, D’Vision, Saujana, Ali XPDC dan Raihan. Suasananya akan digamatkan dengan host, Shuk HotFM dan Atu Zero. So, korang yang ada kesempatan tu bolehlah singgah ke sini.



Booth makanan dan minuman juga banyak. Tak ada masalah kalau perut tetiba lapar dan tekak terasa haus!
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Kalau tak sempat, besokpun masih ada. Acaranya pun tetap hebat seperti hari ini juga. Booth jualan merata, terdapat 90 booth menarik yang boleh korang kunjungi di sini termasuklah booth jualan dari asnaf-asnaf.

Banyak betul cenderahati yang disediakan buat pengunjung yang datang... 
Bagi yang sedang mencari peluang pekerjaan, jangan lupa singgah di booth nie tau. 
Kalau boleh jadi Sahabat Zakat, boleh daftar di booth nie. RM 10 jer ... 
Bagi pencinta haiwan, boleh mai ke Petting Zoo 
Aktiviti pentas pun cukup menarik, untuk anak-anak pula, diadakan pertandingan mewarna, berhibur bersama Didi & Friends dan Maskot Omar dan Hana. Memang tak bosanlah kalau bawa keluarga atau anak-anak ke sini.

 
Sis sempat menyinggah di booth Qibtiyyah Exclusive KL nie 
Petang tadi, ada persembahan Didi & Friends. Mak bapak pun teruja sama. Kalah anak-anak hihhi..
Memanah pun ada. Jom cuba latih emosi dan fizikal kita dalam meletakkan target pada sasaran... 
Bukan itu sahaja tau, korang yang datang juga berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah atau ‘giveaway’ di setiap aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, turut berpeluang memenangi Hadiah Utama Cabutan bertuah bernilai RM2,50.00 dan 37 Cabutan Bertuah bernilai RM7,500.00. 

Hadiah Grand Cabutan Bertuah itu akan diumumkan pada malam besok. Jadi, jangan lepaskan kesempatan terbaik ini tau. Mana tahu, ada rezeki, boleh menang!
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali menyempurnakan Pelancaran Bulan YEZ Year End Zakat 2018 


LUASKAN PROMOSI DAKWAH ZAKAT
Kalau korang nak tahu, Karnival Year-End-Zakat (YEZ) 2018 ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan gabungan kerjasama Karnival Geng Masjid (KGM). Hari ini juga telah diadakan majlis perasmian Karnival YEZ 2018 dan juga Pelancaran Bulan YEZ 2018.
Ianya telah disempurnakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, serta turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff bersama para penaja Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my

Objektif Karnival Year-End-Zakat (YEZ) 2018, diadakan adalah bertujuan untuk meluaskan promosi dakwah zakat di sekitar Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat, sekaligus meningkatkan kepada kutipan zakat. 

Karnival dakwah ini juga dipercayai dapat mendekatkan masyarakat tentang kepentingan serta kewajipan berzakat terutama zakat harta dan bagaimana sumbangan kewangan ini dapat memberikan seribu satu kebaikan kepada masyarakat.
Para pemenang Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my 

Inilah barisan pemenang Kempen Skim Thohir 2018 yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn Bhd 
Bagi korang yang layak mengeluarkan zakat, tetapi masih belum menunaikan kewajipan tersebut, rebut peluang ini. Karnival ini secara tak langsung dapat memudahkan kita semua mendapat maklumat tentang zakat, mahupun menunaikan zakat. Kaunter Zakat Bergerak dan Kaunter Baitulmal juga ada dibuka. Yang masih belum menjadi Sahabat Zakat, daftarlah dan korang akan turut mendapat cenderahati serta cabutan bertuah.
Datang jangan tak datang, mana tahu boleh menang cabutan bertuah.


Rezeki daripada Allah, siapa yang tahu kan... 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my
Talian zakat: 1300885757
Selamat berzakat dan jadikan segala kekayaan, harta benda di dunia ini sebagai jambatan dan bekalan untuk kita bawa ke akhirat nanti. Salam ukhwah buat semua.



Lurve,
Sis Anie Mohamed