Restoran Royale Songket di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Sikit jer lagi tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya dan kita bakal mengucapkan selamat datang kepada tahun 2019. Tak lupa, 25 Disember Hari Krismas. Jom kita hi-tea kat Royal Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam sempena sambutan Krismas dan tahun baru. Ada promosi best tau!




Sebenarnya kalau nak jimat duit poket, time promosi nie lah kita syok makan-makan kat hotel. Bersempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019, Restoran Royale Songket di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ada buat promosi. Ada pelbagai jenis makanan yang cukup enak pada harga yang sangat berbaloi. So, jangan lepaskan peluang.





Lagi satu, korang jangan risau. Walaupun menu-menu yang disajikan ala kebaratan sempena perayaan Krismas, namun ianya halal dan Restoran Royale Songket di Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah diiktiraf oleh JAKIM sebagai restoran halal.



PROMOSI HI-TEA HARI KRISMAS & TAHUN BARU 2019
Kesempatan di musim perayaan ini tak wajar dilepaskan. Promosi hebat ini bermula pada 24hb, 25hb dan 31hb Disember serta 1hb Januari 2019. 

Pada 4 tarikh keramat ini ada macam-macam menu menarik dan cukup sedap menanti korang sekeluarga. Yang tak berjauhan daripada keluarga, boleh ajak BF/GF ataupun kengkawan. No hal!

















Korang boleh menikmati menu lazat nie, bermula dari jam 12 tengahari hingga 4.00 petang. Antara menu untuk promosi Hi-Tea Krismas ialah menu tradisional klasik Yuletide, Roasted Whole Turkey with stuffing, Giblet & Cranberry Sauce dan Raisin Meat Loaf with sauce, Shawarma kebab, Beef Wellington & Mussel Au Gratin. Manakala pemanis mulut pula Fruits Cake, Yule Log, Tarlets, Muffins, Chocolate Fountain, Hot deserts Chocolate Souffl dan banyak lagi yang membawa korang ke alam gastronomy. Wah…gitew!!









Manakala menu untuk Hi-Tea Tahun Baru pula ialah Butter Rice, Chicken Cordon Bleu, BBQ Prawn Skewer, Grill Foot Long Sausage, Satay Pizza, Butter Vegetable, Italian Seafood Salad, Cream Chicken Chowder Soup & Cheese Bread Croutons.Selepas menikmati hidangan enak tu, jangan lupa pula untuk merasa pemanis mulutnya, Caramel Popcorn, Fruits Tartlets, Assorted French Pastries & Assorted Pudding.







HARGA YANG DITAWARKAN DI RESTORAN ROYALE SONGKET GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM:
MAKAN MALAM BUFFET BBQ MALAM KRISMAS
Tarikh: 24hb Disember 2018 (Sabtu)

Masa: 6.30petang – 10.30 malam

Harga: RM 88.00+ (Dewasa)
RM 44.00+ (Kanak-kanak berumur 4-11 tahun)


BUFFET HI-TEA KRISMAS
Tarikh:25hb Disember 2018 (Selasa)

Masa: 12.00 tengahari – 4.00petang

Harga: RM 68.00+ (Dewasa)
RM 58.00+ (Warga Emas berumur 60 tahun & ke atas)
RM 35.00+ (Kanak-kanak berumur 4-11 tahun)


MAKAN MALAM TAHUN BARU MALAM DI CLUB LOUNGE, ARAS 18

Tarikh: 3hb Disember 2018 (Isnin)

Masa: 6.30 petang – 10.30 malam

Harga: RM 85.00+ (Dewasa)
RM 42.50+ (Kanak-kanak berumur 4-11 tahun)


SELAMAT DATANG 2019!!!
TAHUN BARU HI-TEA DI RESTORAN ROYALE SONGKET

Tarikh: 1hb Januari, 2019 (Selasa)

Masa: 12.00 tengahari– 4.00 petang

Harga: RM 68.00+ (Dewasa)
RM 58.00+ (Warga Emas berumur 60 years & ke atas)
RM 35.00+ (Kanak-kanak berumur 4-11 tahun)

· Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.



NAK BOOKING?

Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, korang boleh hubungi:
Royale Songket Restaurant
Telefon: 03-55118811 ext. 2612 atau 2613 atau Telemarketing: 019-273 6801 atau 019-275 7801

Okay korang, selamat menikmati menu yang sedap pada harga yang berpatutan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Serius tak rugi kalau korang try lepak-lepak… makan-makan kat sini. Sis sukaaaaaaaa!! Hahahaa…

Sekian dulu, jumpa lagi di catatan akan datang.



Lurve,
Sis Anie Mohamed