Sekarang ni cukup mudah dan senang sangat kalau korang nak menunaikan kewajipan sebagai pembayar zakat.Dengan kemudahan perbankan internet, korang boleh lakukannya pada bila-bila masa sahaja. Segalanya di hujung jari korang!

Jika sudah cukup syarat, korang boleh menunaikan zakat berdasarkan jenis-jenis Zakat Harta yang boleh ditunaikan iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadra Zakat. Kesemua zakat ini boleh disempurnakan di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) atau melalui sistem perbankan.

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menyediakan lebih 10 kaunter zakat PPZ-MAIWP. Kaunter dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.Bagi memudahkan orang ramai berzakat, PPZ-MAIWP jug telah bekerjasama dengan hampir kesemua bank yang ada di Malaysia.


Iman Muda Asyraf adalah selebriti yang membantu mempromosikan saluran bayar zakat melalui perbankan internet.


Korang hanya perlu menggunakan perbankan sedia ada untuk membuat bayaran zakat. Cepat-cepat tunaikan zakat harta dan pendapatan korang sebelum 31 Disember ini bagi mendapat rebat cukai sehingga 100%.

Dan ini juga ada berita baik, bermula pada 14 Disember hingga 28 Disember, 2018, 3000 PEMBAYAR ZAKAT TERAWAL melalui perbankan internet bakal menerima cenderahati DVD MP3 KOLEKSI HIMPUNAN CERAMAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. Jadi, jangan lepaskan peluang terbaik ini ya!




PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI PERBANKAN INTERNET BOLEH DILAKUKAN OLEH PEMEGANG AKAUN BANK SEPERTI BERIKUT:

1. www.maybank2u.com.my


2. www.bankislam.com.my


3. www.ambank.com.my


4. www.cimbclicks.com.my


5. www.pbebank.com


6. www.rhb.com.my


7. www.ocbc.com.my


8. www.hsbc.com.my


9. www.posonline.com.my


10. www.hlisb.com.my


11. www.irakyat.com.my


12. www.affinonline.com


13. www.i-muamalat.com.my


14. www.agronet.com.my


15. www.mybsn.com.my


16. www.myeg.com.my

INI ANTARA CONTOH LANGKAH-LANGKAH MUDAH (SEPERTI DALAM POSTER) UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI PERBANKAN INTERNET:















Ternyata dengan kecanggihan teknologi hari ini, betapa mudah dan senangnya membayar zakat. Semuanya di hujung jari. Jadi, tiada alasan lagi untuk kita yang telah cukup syarat ini mengelak daripada membayar zakat.

Ingat, keberkatan rezeki dan kehidupan kita datang apabila kita memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Tunaikanlah zakat demi sebuah kehidupan yang lebih berkat!



Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my
Atau hubungi Talian zakat : 1300-88-5757
Semoga perkongsian Sis kali ini bermanfaat untuk semua. Selamat Berzakat!

Lurve,
Sis Anie Mohamed