Ada tak yang masih bersemangat nak turunkan berat badan? Kalau ada,jom kita sama-sama kuatkan semangat guna treadmill untuk mencapai misi kita tu!





Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk turunkan berat badan. Tapi, Sis lebih suka dan serasi dengan teknik menggunakan treadmill. Bagi Sis, treadmill adalah salah satu alat fitness yang paling simple untuk membantu kita bersenam bagi menurunkan berat badan.



Senaman Kardio Guna Treadmill
Senaman kardio memang bagus kalau kita nak kurus dengan cepat dan senaman ini boleh kita lakukan di atas treadmill. Sebab itulah Sis suka bersenam dengan menggunakan treadmill nih. Itulah rahsianya!

Hahaha..hahhaa…. Atas treadmill nih, no hall laa…. korang boleh berlari, berjogging, jalan slow-slow ala panjat bukit ataupun jalan berdesup laju!

Selain meningkat pembakaran metabolisme, bersenam menggunakan treadmill juga dapat memperkuatkan kesemua otot-otot kaki serta menguatkan lagi daya ketahanan tubuh kita.



Banyak Kalori Hilang!
Kalau korang nak tahu, rahsia menurunkan berat badan dengan treadmill ini adalah kepatasan korang berjalan serta variasi gerakan. Semakin cepat atau laju kita berjalan, semakin banyaklah kalori yang akan hilang.

Sebenarnya kalau nak ikutkan (B.M.I), berat badan Sis memang dalam kategori yang ok, mengikut ketinggian dan juga faktor usia. Tetapi, berat badan tetiba jer naik sebanyak 4 kg! Dulu berat Sis, 37kg jer... now dah 41kg. Semua ini terjadi disebabkan Sis tak aktif bersenam macam dulu-dulu. Rajin ke gym, rajin berenang dan rajin jugak berjogging petang-petang.

Lagi satu, Sis pun tak jaga sangat bab pemakanan. Bantai makan kaw-kaw terutama lewat malam. Lepas makan, tak lama lepas tu tarik bantal, tarik selimut dan krooohhh... krooohh.... Haaa… hahaha… mana tak mula bertimbun lemak-lemak nie.Badan pun dah rasa tak fit, menggelebeh sana sini! Huwwaaaaaa….

Untuk tahun 2019, memandangkan usia pun makin ‘kertu’, penyakit pun lagi mudah datang, Sis perlu lebih alert untuk menjaga kesihatan diri. Walaupun tahap glukos Sis (5.0) dan kolesterol (5.09) Sis ok, tapi blood pressure Sis rendah ( 87/52 mmhg). Tu tak leh wat apalah sebab dari dulu lagi memang blood pressure tak pernah meninggi. Macam tuannya gak laaaa…. Hahhaha.. hahhaa…



Anti Perut Buncit!
Tujuan utama Sis kembali bersenam dengan menggunakan treadmill,selain mahu mendapatkan kembali berat badan yang Sis rasa paling ideal, chewahh…. Sis nak fit kan kembali bentuk badan nih. Tak naklah lemak bertimbun dan nampak berlipat di sana sini macam nie…. Rasa mcam tak best sangat-sangat.

So, bagi korang yang nak turunkan berat badan, trylah bersenam dengan menggunakan treadmill. Cara nie sangat efisien untuk membakar kalori.

* Selalunya, mula-mula Sis akan warm up dulu … jalan pelan-pelan selama 2-3 minit.

* Lepas tu warm up, ala berjogging. Laju sikit… selama 2-3 minit.

* Lepas tu barulah, Sis buat pilihan sama ada nak berlari laju ataupun jogging santai-santai jer.

Target Sis pada setiap hari nak bakar kalori sebanyak 350 kalori. Gitewlah semasa masih lagi bersemangat nih.. hahhaa… Doakan jer lah ya semoga usaha Sis nih berhasil dan sentiasa diberikan kekuatan untuk melaksanakannya. Kih kih kih…

Okay, sekian dulu cerita Sis kali ini. Jumpa lagi dan jom la kurus sihat bersama-sama. Tataaa…

Baca Jugalah: Lima Kebaikan Minum Teh Hijau Sebelum Tidur

Biasanya lepas ber treadmill, Sis akan berkayuh plak. Semangat giler! Hahaha.... 
Lurve,
Sis Anie Mohamed