Mermaids Alive

Ada di antara kita yang memang menanti-nantikan musim cuti persekolahan. Ini merupakan masa paling ideal untuk diluangkan bersama anak-anak. Kalau masih tak tahu nak ke mana, jom kita ke Sunway Lagoon. Ada banyak aktiviti menarik yang best buat anak-anak kita!



Kali ini Sis nak berkongsi kegembiraan dan keseronokan gelombang ikan duyung di Sunway Lagoon!



Bermula besok, Sabtu 23 March sehingga 31 March, korang menyaksikan Mermaids Alive secara lansung. Ia merupakan daya tarikan terbaru Sunway Lagoon, sempena cuti persekolahan kali ini. Sis pasti, ramai yang akan rasa teruja untuk melihat sendiri kemunculan ikan duyung, bertubuh separuh manusia dan mahkluk laut ini.



Pasti Lebih Menyeronokkan
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Sunway Lagoon kerana terdapat banyak aktiviti menarik. Insya-Allah, Sis pun bercadang nak bawak anak-anak ke sini. Dea Marissa tentu seronok mencipta pengalaman baru di Sunway Lagoon.Tentu excited nak jumpa ikan duyung, berenang bersama serta buat make over.



Di samping itu, ada juga sesi Meet & Greetings Clown Walkabout Characters, Kapten Quack & Lady Quack, SpongeBob & Patrick di Pirates overlay! , Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer dan sahabatnya, Boots.



Cenderahati Eksklusif Mermaids
Bagi korang yang ingin mendapatkan cenderahati eksklusif mermaids seperti mermaids keychain,mermaids T-shirt ,MER-licious Ice Cream Treat dari I Scoop 4 U ais krim dan Oceanie Slushie, minuman bertema duyung dari Chill Lah, singgalah di Surf Beach ya.





Yang syoknya kalau kita mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di daratan kita berpeluang untuk memenangi baucar tunai RM30 dari GEM Studio, baucar tunai RM20 dari Havanians dan baucar 50% untuk kursus berenang Mermaid.



Selain itu, bersempena dengan Mermaids Alive ini Sunway Lagoon turut menawarkan pakej keluarga dengan harga yang berpatutan serta menjimatkan iaitu pakej FAMFUN atau pakej 4-Go-Go.
Nak tahu lebih lanjut, korang layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia
Sekian dulu catatan Sis kali ini.Semoga ruang cuti persekolahan ini kita dapat merapatkan hubungan dengan orang-orang yang kita sayangi. Happy Holiday!


Lurve,
Sis Anie Mohamed