Mahu menikmati kemeriahan suasana dan aneka juadah berbuka puasa ala bazar? Korang boleh menikmatinya di Restoran 10 Binjai, PNB Pernada On The Park, KL.Buffet Ramadan PNB tahun ini menampilkan tema Bazar Perdana yang menyajikan lebih 180 hidangan berbuka puasa.





Bagi korang yang memang tak boleh pergi jauh dengan masakan Melayu Tradisional, serius korang memang tak salah pilih jika menjadikan Restoran 10 Binjai ini salah satu ‘port’ berbuka puasa nanti.



Terlalu banyak juadah berbuka puasa yang enak. Kalau korang suka udang,sotong,kepak ayam, daging kambing dan ikan yang dibakar, memang terasa mewah. 

Sedap tak terkatalah! 
Satay wajib dirasa! 


Ulam-ulaman segar menambat selera 
Begitu juga dengan korang yang suka makan ulam-ulaman dan juga kerabu.Macam-macam kerabu ada termasuklah kerabu mangga muda dan kerabu betik muda. Korang yang suka makan budu, cencaluk, sambal belacan dan tempoyak, pasti makan dengan penuh selera nanti.Pekena pula cicah dengan daun pegaga, jantung pisang, petai ataupun jering,mak aii terangkat selera berpinggan-pinggan kot. Hahaha…



Restoran 10 Binjai menawarkan pakej buffet Ramadan pada harga antara RM98 (dewasa) dan RM49.00 (kanak-kanak 4-12 tahun).
Sebarang pertanyaan, korang boleh jer hubungi 03-74903838 atau layari www.pnbperdanaonthepark.com

Tapai pun ada tau... 

Pelepas dahaga! 
Banyaknya pilihan bahan untuk Air Batu Campur.Bubuh jer apa yang korang suka.
Okay, sekian buat kali ini.Selamat menatap menu enak dari Restoran 10 Binjai PNB Perdana On The Park, Kuala Lumpur dan jangan lupa buat tempahan tau. Sis undur diri dulu, tataaa....



Lurve,
Sis Anie Mohamed