Buffet Ramadhan Grand Bluewave Hotel Shah Alam 2019

Memandangkan bulan Ramadan dah tak lama lagi, tentu ramai yang mencari-cari pakej-pakej buffet ramadan yang menawarkan hidangan berbuka puasa yang enak dengan harga yang berbaloi. Jadi, jangan lupa masukkan sekali Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) dalam list korang ok.
Buffet Ramadhan Grand Bluewave Hotel Shah Alam 2019

Buffet Ramadhan yang GBWHSA tawarkan untuk tahun ini sangat menarik tau, penuh warna iaitu Warna Warni Ramadan 1440H. Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’, chef-chef hebat GBWHSA telah menyediakan pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa. Sudah pastilah akan menggamit selera korang nanti.

Buffet Ramadhan Grand Bluewave Hotel Shah Alam 2019

Bila dah berbuka puasa di hotel, menu yang ditawarkan haruslah pelbagai pilihan. Tak kiralah dari segi lauk paku, kuih muih, air dan sebagainya. Untuk GBWHSA, terdapat lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain. Confirm, rambang mata korang nanti, sampaikan tahu tahu yang mana satu korang nak menikmatinya dahulu.





Selain itu, gerai berkonsepkan bazar akan turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai Briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘Grill and Carving’ serta Cita Rasa Negeri.






Di gerai ‘grill and carving’, korang boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.Memandangkan tekak Melayu, tak kan hilang dengan selera masakan Melayu, jangan korang risau ok.Di gerai ‘Cita Rasa Negeri’, GBWHSA telah menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia. Apa yang bestnya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu.














Antara masakan yang disediakan adalah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan banyak lagi.





JANGAN LUPA, NIKMATI MENU VIRAL!
Buffet Ramadhan yang dipersembahkan oleh GBWHSA kali ini memang ‘meletop’. Menu Viral seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa memang terbaik. Sis dah cuba Shellout Kamyong Style tu,sedap sangat. Berpinggan-pinggan tau Sis makan. Hahaha… hahaha….



Aneka Pilihan Minuman Segar & Pemanis Mulut
Bila berbuka puasa, tak sah kalau tak mencari minuman yang segar bugar. Cakap jer nak air apa, hahhaaa… Kat GBWHSA nie korang boleh membasah tekak dengan minuman segar seperti air buah naga, air soya, jus buah dan air tebu.Kalau korang suka minum teh dan kopi, jangan lupa menikmatinya. Teh tariknya sungguh mengancam!







Manakala pemanis mulut, makk aii… banyak sangat tau. Ada kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka, termasuklah ais kacang dan banyak lagi.



Harga Yang Ditawarkan
Buffet “Warna Warni Ramadhan 1440H” ini bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019, setiap hari pada jam 7.00 malam sehingga 10 malam.
Harga bermula daripada RM138.00+ setiap orang bagi dewasa
RM 70.00+ setiap orang bagi kanak-kanak dan warga emas.
Sementara itu pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM148.00+ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak. 

Harga Istimewa!
Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadan (6 Mei 2019).
Harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas manakala RM100.00+ untuk 9 orang dan ke bawah.
Kalau korang nak tempah majlis berbuka di dewan bankuet, kot-kot la nak berbuka puasa reramai bersama sanak saudara atau kengkawan, harga ditawarkan bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang.
Kalau nak tahu lebih lanjut atau ingin membuat tempahan, hubungi jer bahagian Jualan dan Pemasaran GBWHSA di talian 03-5511 8811 sambungan 2801, 2804 atau 2806 atau emelkan sahaja dosm@bluewavehotels.com
Okay,selamat menikmati menu berbuka puasa yang cukup enak di GBWHSA.Silalah buat tempahan awal untuk mendapatkan harga yang lebih jimat!

Jumpa lagi di catatan Sis yang akan datang. Tata!


Lurve,
Sis Anie Mohamed