Kalau korang nak tahu,baru-baru nih portal www.123mamanet.com (Majalah Harian Wanita) telah mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA, menerusi Program Eco Free Market, bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan diadakan pada 14 April, 2019 (Ahad)bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.




Objektif program ini merupakan salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.







Di samping itu, projek DMR #darihati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni serta prihatin untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan.







\

Lebih-lebih lagi tak lama lagi kita kan nak sambut bulan Ramadan. Lepas tu sambut Hari Raya pulak. Jadi,sedikit sebanyak dapatlah kita bantu meringinkan beban depa tu. Mudah-mudahan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.










Masuk kali nie, dah kali ke-5 kita orang buat CSR nih.Mudah-mudahan lebih ramai lagi golongan korporat dan juga individu yang berkemampuan sudi menjalinkan kerjasama ini. menghulurkan bantuan memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik di luar sana.








Kali ini terdapat sedikit kelaianan dalam Eco Free Market kerana setiap pengunjung yang datang, perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth-both yang terlibat dalam program Eco Free Market ini. 


Untuk projek CSR-DMR #darihati123mamanet kali ini kami agak bertuah. Selain menerima sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, kami turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada QSR Brands (M) Holding Bhd.





Pelbagai barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kiap Manis,Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merak, Pes Masak Kurma dan macam-macam lagi.















Terima kasih tak terhingga buat Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yang sanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini.Di harap kita dapat bekerjasama lagi untuk projek-projek CSR-DMR #darihati123mamanet yang akan datang :))
Nampaknya setakat ini sahaja catatan Sis pada kali ini. Jumpa laa naaa.... babai.
Lurve,
Sis Anie Mohamed