Sajian Warisan Nusantara Pearl International Hotel, KL

Pernah tak berbuka puasa di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur? Kalau tak pernah, apakata try berbuka puasa di sini nanti. Kali ini menampilkan tema 'Sajian Warisan Nusantara'.


Tahu tak lokasinya di mana? Kalau bukan kerana telah dijemput untuk menikmati prebiu buffet Ramadan di sini, Sis pun tak boleh nak bayangkan di mana lokasinya.Ingatkan jauh giler dari Shah Alam, rupa-rupanya tak lah. Kalau jalan tak melekat,tak sampai setengah jam dah boleh sampai.
Pearl International Hotel terletak di Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kedudukannya terletak di sebelah Pusat Membeli-belah Mall Point dan Geleri Membeli-belah Pearl. Susah sangat, pakai Waze sajer, ok.





Sajian Warisan Nusantara 
Nie Sis nak cerita pasai promosi buffet Ramadan Sajian Warisan Nusantara yang bakal bermula tak lama lagi. Mulai 10 Mei -2 June,2019, setiap hari jam 6.30 petang hingga 10 malam.
Harga yang ditawarkan untuk Buffet Ramadan Sajian Warisan Nusantara:
Dewasa: RM120++
Warga Emas: RM 78 nett
Kanak-kanak: RM35++
Masih belum terlambat untuk korang menempahnya, bagi tempahan awal untuk 2000 pertama potongan harga istimewa akan diberikan RM72 untuk dewasa. So korang boleh telefon no nie kalau nak buat tempahan, 016-331 9375 atau 03-7983 1111 sambungan 8945 atau 3205
Wow! Kambing golek pemikat selera! 
Yums! Ikan Bakar 




Macam-Macam Ada Di Gerai Briyani & Mandi







Okay sangatlah tu kan… lagipun menu berbuka puasa kat sini memang cukup meriah. Sajian Warisan Nusantara, dah tentulah macam-macam adaaa... lebih 100 juadah tu.Tak termakan korang nanti. Nie pun sebahagian jer gambar-gambar yang Sis sajikan untuk tatapan mata korang. Tentu gambar nie pun dah buat korang terliur sedap kan... hahaa...













Sis tak mahu cakap banyak lagi. Tengok gambar-gambar menu kat Pearl International Hotel nie, terus rasa lapar. Insya-Allah, kalau ada kesempatan nanti, Sis nak bawak family berbuka puasa di sini. Jommmmm!! Hahhaha…






Sedapnya dodol



Kuih muih tradisional pun ada tau 



Pemanis mulut pelbagai jenis... 




Sekian dulu. Tataaaa..
Lurve,
Sis Anie Mohamed