IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN BERSAMA PPZ-MAIWP

Puasa dan zakat merupakan dua kewajiban yang harus kita laksanakan sebagai seorang muslim. Puasa yang diwajibkan adalah puasa pada bulan Ramadan,manakala  zakat pula wajib dikeluarkan jika telah cukup syaratnya.
Sempena menjelang Ramadan, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan satu sidang media bertempat di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP bagi memberikan hebahan kepada masyarakat tentang kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan 2019, di samping keistimewaan dan kelebihan membayar zakat di PPZ-MAIWP.



Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff turut mengumumkan tema pada kali ini iatu “Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan”
Menurut beliau, PPZ-MAIWP sentiasa berusaha untuk memastikan segala kemudahan bagi urusan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP tersedia kepada pembayar-pembayar zakat selaras dengan temanya sepanjang bulan Ramadan ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, selaras dengan slogan PPZ-MAIWP iaitu “Memudahkan Anda Berzakat”, pelbagai saluran pembayaran zakat telah disediakan bertujuan untuk memudahkan pembayaran iaitu penyediaan 10 Kaunter PPZ-MAIWP yang beroperasi setiap hari bermula jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.
Pembayaran zakat di semua kaunter PPZ_MAIWP boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam. Daripada jumlah itu, terdapat 7 kaunter di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 lagi di Labuan.”



Ibadah Zakat Penuh Berkat
Di samping itu, kalau korang terlalu sibuk dan tak punya banyak masa, zakat harta dan zakat fitrah boleh dilakukan melalui portal PPZ-MAIWP iaitu www.zakat.com.my. 

Tak pun korang boleh juga bayar dengan perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak (KBZ) yang telah disediakan oleh PPZ-MAIWP. Terdapat 4 kaunter KBZ ini, dan kalau korang nak tahu lebih lanjut bolehlah hubungi talian 1 300 88 5757

Miliki Sampul Raya dan Kit Ramadan & Syawal yang cukup bermanfaat. Bayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP nanti ya, bermula 1 Ramadan 
Bayar Di Kuanter PPZ-MAIWP Dapat Hadiah!
Untuk menarik lebih ramai lagi pembayar zakat pada tahun ini, PPZ-MAIWP telah menyediakan cenderahati istimewa seperti sampul raya, kit Ramadan dan Syawal serta produk asnaf iaitu serunding yang mana akan diberikan pada minggu ketiga Ramadan. Bagi korang yang yang dah bayar zakat, tapi masih nak bayar lagi menerusi portal PPZ-MAIWP, cenderahati khas juga turut disediakan kepada 1,000 orang terawal.



Dulu Skim Thohir, Sekarang Skim PZB (Skim Potongan Zakat Bulanan)
Pada majlis itu juga, selain mengumumkan penjenamaan semula Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat) kepada nama baru serta logo baru yang sudah 8 tahun digunakan iaitu Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB), para pembayar zakat melebihi RM50 (setahun) akan dilindungi Skim Kafalah Muzakki.

Skim Kafalah Muzakki
PPZ-MAIWP akan menyumbang sebanyak RM3,000 kepada waris pembayar sekiranya pembayar zakat meninggal dunia. Setakat ini seramai 7 waris telah membuat permohonan dengan 2 waris telah menerima sumbangan. Manakala 5 lagi sedang dalam proses, beritahu Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Sis rasa skim ini sangatlah bagus, sekurang-kurangnya PPZ-MAIWP dapat menyediakan bantuan dalam bentuk kewangan kepada ahli keluarga bagi membantu meringankan beban kewangan yang mungkin akan ditanggung oleh waris-waris sekiranya berlaku kematian ke atas diri pembayar. Jadi, jom kita manfaatkan bantuan yang telah ditawarkan oleh PPZ-MAIWP ini.

JANGAN LUPA TENGOK!
4 Slot Santai @ Ramadan - Live Di Fb  PPZ-MAIWP
Bulan puasa nie sama-samalah kita membuat dan mencari segala kebaikan untuk mengutip seberapa banyak pahala sebagai bekalan nanti. Korang jangan lupa luangkan masa untuk menonton Slot Santai@Ramadan ya. Ia merupakan salah platform penyebaran ilmu yang disediakan oleh PPZ-MAIWP dalam laman sosial,akan bersiaran secara langsung selama 30 minit setiap Jumaat. 

Slot ini membincangkan tentang persoalan zakat seperti kutipan dan agihan zakat serta pengisian kerohanian sepanjang Ramadan dan Syawal bersama ustaz-ustaz jemputan. Apa yang perlu korang buat hanyalah LIKE FB PPZ-MAIWP untuk menontonnya.

Ssasaran Kutipan Ramadan 2019
Kalau korang nak tahu,Ramadan tahun ini, PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan sebanyak RM110 juta iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding kutipan Ramadan tahun 2018. Untuk rekod, jumlah kutipan zakat tahun lalu adalah sebanyak RM95.8 juta dengan bilangan pembayar sebanyak 109,739.



Mudah-mudah kesedaran orang ramai untuk membayar zakat pada Ramadan tahun ini lebih meningkat bagi membantu lebih ramai golongan asnaf.Insya-Allah.
Kalau nak tahu lebih lanjut, layari www.zakat.com.my
Atau hubungi talian zakat: 1 300 88 5757

Sekian sahaja, selamat berpuasa semua… semoga ini bukan Ramadan terakhir buat kita. Insya-Allah.


Lurve,
Sis Anie Mohamed