Bagi yang pernah menikmati buffet Ramadan di Concorde Hotel Shah Alam, pasti tahu betapa cool nya menikmati juadah berbuka puasa di situ.Bukan setakat pelbagai juadah menarik dan enak yang dihidangkan. Malahan, suasana untuk menikmati hidangan pun cukup selesa.
Buffet Ramadan Concorde Hotel Shah Alam
Bagi korang yang mencari-cari lokasi hotel yang menyajikan hidangkan berbuka puasa yang enak dengan harga yang berpatutan, boleh sangat-sangat letakkan list Concorde Hotel Shah Alam nih. Tema tahun ini adalah “SELERA BERBUKA WARISAN DINDA KANDA”. Sweet sangat kan, temanya tu… hihhii..
Antara menu yang ditawarkan ialah Bubur Lambuk Ayam Dara Lada Hitam, Sup Gear Box, Kari Kepala Ikan Jenahak, Bubur Lambuk Makanan Laut, Satay, Kuih Muih Tradisional dan macam-macam lagi.
Di samping itu, antara menu istimewanya ialahSup Gear Box. Korang pencinta Sup Gear Box, untunglah. Boleh makan puas-puas dan Sup Gear Box-nya tersangatlah sedap!
Pakej Berbuka Puasa
Buffet Ramadan di Melting Pot Café, Hotel Concorde Shah Alam bermula dari RM120nett (dewasa). Kalau nanti anda buat tempahan,tiga hari akhir Ramadan, ada promosi RM100 untuk setiap dewasa. Manakala 50% diskaun untuk anak-anak berumur 4 sehingga 12 tahun.
Sekiranya anda bercadang untuk menikmati sahur di Hotel Concorde Shah Alam, harga yang ditawarkan adalah RM49nett (seorang). Anda boleh datang pada jam 3.30 pagi sehingga 5.30 pagi setiap hari.
Kalau korang berminat, bolehlah hubungi nombor yang tertera nih
+603-552- 8000 atau
e-mel: vasanthi@concorde.net
BUFFET RAMADAN 2019 KLIK SINI
Bubur Lambuk Percuma
Sudah menjadi tradisi Concorde Hotel Shah Alam sejak 14 tahun lalu menyediakan dan mengedarkan bubur lambuk secara percuma ini.
Kalau korang nak tahu, bermula jam 7.00 pagi sebanyak 300 kilogram beras, 80kg daging dan beberapa bahan masakan yang lain telah disediakan untuk memasak bubur lambuk.Bermula 2.00 petang proses membungkus dan mengendar sebanyak 8 ribu bubur lambuk mula dijalankan.
Manakala jam 4.00 petang,kalau korang rasa nak bubur lambuk, boleh ambil di kaunter pandu lalu (drive-tru) hotel. Selamat menikmati bubur lambuk yang cukup sedap nih!
0 Comments