Buffet Ramadan Shah's Village Hotel 2019

Berbuka puasa sambil beramal! Sempena Ramadan Al-Kareem, Shah's Village Hotel telah menjalinkan kerjasama dengan Syria Care.





Shah’s Village Hotel akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM7 dari setiap pembelian pakej Iftar Ramadan kepada Tabung Kemanusiaan Syria Care.Masih belum terlambat lagi untuk korang semua menikmati juadah enak berbuka puasa sambil beramal bagi membantu mereka yang tidak bernasib baik itu.

Satu penghargaan buat Shah's Village Hotel kerana ia merupakan hotel yang pertama membuka ruang untuk kerjasama sebegini serta cakna terhadap nasib yang menimpa pelarian Syria yang berada di Syria dan Lubnan.


Ayam Masak Briyani 
Jadi, marilah kita sama-sama menyokong usha murni yang telah dilakukan oleh Syah’s Village Hotel dan juga pihak Syria Care ini. Ajak family, sedara-mara ataupun kengkawan untuk berbuka puasa di sini.
Nanas Ikan Masin 
Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak 
Kambing Masak Selasih 
Petola Tumis Kacang Dan Tempe 
Rendang Daging 
Nasi Briyani
Pelbagai menu masakan kampung yang pasti menambat selera pengunjung
Sambal Udang Petai
Sajian Mewah Masakan Kampung
Bagi korang yang memang suka dengan masakan kampung, Shah’s Village Hotel adalah pilihan lokasi berbuka puasa yang tepat. Pada tahun ini Shah's Village Hotel menawarkan Pakej Iftar Ramadan dengan mengekalkan konsep sajian masakan Melayu Tradisional
Ikan Pari Bakar 
Murtabak 
Meehon Goreng 
Tauhu Sumbat 
Kambing Bakar
Korang boleh pilih daripada pelbagai menu makanan kampung yang disediakan. Antaranya Nasi Briyani, Ayam Masak Briyani, Kambing Mysore, Siput Sedut Masak Lemak, Bubur Lambuk, Ayam Bakar, Kambing Bakar, Terung Goreng Berlada, Mee Kari, ulam-ulaman dan aneka pencuci mulut serta kuih-muih tradisional.




Rojak Buah 
Pelbagai jenis sambal. Pilih jer yang mana korang berselera hihhi...












Pakej Iftar Ramadan
Pakej Iftar Ramadan di Shah’s Village Hotel berharga RM60.00 untuk dewasa, RM45 untuk warga emas dan RM40 untuk kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA. Untuk tempahan korang boleh hubungi talian 03-79569322
Okay, selamat berbuka semua. Jumpa lagi!


Lurve,
Sis Anie Mohamed