Pemberian bubur lambuk secara percuma di Plaza Tol LKSA ini merupakan anjuran Usahanita Daerah Petaling, bersempena bulan Ramadhan. Syukur alhamdullah, segalanya berjalan lancar sepertimana diharapkan. 800 bungkusan bubur lambuk telah selamat diedarkan kepada para pengguna Lebuh Raya Kemuning Shah Alam(LKSA)







Tu dia.... Puan Shiela 'orang kuat' USAHANITA (kiri) yang begitu komited untuk menjayakan program pengagihan bubur lambuk ini.



Apa yang lebih menarik lagi, Sis dan beberapa orang teman telah diundang untuk turut serta dalam program tersebut.Ianya merupakan satu pengalaman yang cukup berharga.Terima kasih Puan Sheila Ramlee, Ketua USAHANITA Daerah Petaling, atas undangan ini. Nanti-nanti kalau ada buat event lagi, jangan lupa ajak Sis dan kengkawan ya.
Aktiviti bersama USAHANITA ini telah meninggalkan satu pengalaman manis buat Sis dan kengkawan. 

Salute dengan kakak bawak lori nih... steady lah hehe... 


Rupanya ramai yang terlibat untuk program CSR nih. Antaranya PROLINTAS-LKSA yang telah memberikan kebenaran bagi menjayakannya.Program ini turut mendapat tajaan sumbangan dari Azlina Ina Tart Hangit, Biskut Negro, Biskut Teddy Bear, Kuah Rojak, Kek Lapis, Kurma daripada MAhnaz Food serta minuman tin daripada F &N. Kalau korang nak tahu juga, USAHANITA Daerah Petaling Cawangan Negeri Selangor ini juga mendapat sokongan padu daripada kerajaan Negeri Selangor.



OBJEKTIF USAHANITA
Masa pengagihan bubur lambuk tu, Sis adalah borak-borak tentang objektif sebenar program ini dianjurkan.Kata Puan Shiela, tujuannya adalah untuk menjalinkan ukhwah sesama ahli USAHANITA dan orang ramai sepanjang program berlangsung.
Kolin Zainal bersama Linda, salah seorang ahli USAHANITA yang terlibat dalam program tersebut. 
Di samping itu, USAHANITA Daerah Petaling nak bagi tahu kepada semua wanita di luar sana yang terlibat dalam bidang keusahawanan ataupun perniagaan, tak kiralah perniagaan tersebut kecil-kecilan ataupun sudah maju ke hadapan untuk sama-sama menyertai keluarga USAHANITA. Sebagai wanita yang terlibat dalam bidang pernigaan,banyak kelebihan,keistimewaan, keutamaan serta kemudahaan yang diperoleh apabila menyertai persatuan ini.
Kat sini Sis cerita sikit okay tentang latar belakang persatuan USAHANITA. Manalah tau kot-kot ada yang berminat untuk menyertainya. Sis pun dah berkobar-kobar nak join jugak tau.



Persatuan USAHANITA telah ditubuhkan sejak tahun 1984 lagi bagi menyatupadukan usahawan wanita bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dalam sesuatu bidang yang kompetitif.
Selain itu, persatuan ini juga merupakan medan jalinan maklumat (information network) dan kerjasama di kalangan usahawan Bumiputera bagi mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan mereka dalam meningkatkan pembangunan wanita,sekaligus mencapai wawasan negara. Aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan yang diberikan kepada ahli-ahli persatuan akan mendedahkan mereka lebih meluas tentang dunia perniagaan.

Jadi, korang yang punya impian untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, jangan teragak-agak untuk menjadi ahli USAHANITA. Apa yang diberitahu, USHANITA Daerah Petaling (Shah Alam), memang ada buat pengambilan ahli baru.



Check It Out!
ANTARA KELEBIHAN MENJADI AHLI USAHANITA DAERAH PETALING

✔Persatuan ini akan membantu korang untuk menjadi seorang usahawan yang berkualiti melalui aktiviti, seminar ataupun bengkel yang disediakan.

✔Membantu para peniaga dengan cara memberikan info dan peluang perniagaan seperti membuka booth di karnival ataupun event.

✔Meluaskan jaringan perniagaan melalui persatuan USAHANITA di negeri-negeri lain.

✔Ahli-ahli persatuan boleh berkongsi maklumat dalam kumpulan usahawan yang positif dan saling membantu untuk meningkatkan jualan. Usah berniaga sendirian, sebaliknya luaskan jaringan perniagaan bersama ahli USAHANITA yang lain.



Jika berminat untuk tahu lebih lanjut ataupun nak jadi ahli USAHANITA, korang boleh terus jer menghubungi:

Puan Sheila Ramlee

📞 013-2062793
💬www.wasap.my/60132062793

Berikut beberapa ahli USAHANITA yang merasakan menyertai persatuan ini merupakan langkah tepat untuk lebih berjaya dalam merancakkan perkembangan eknomi dalam negara, khususnya dalam bidang perniagaan. Antaranya Noraslinda Rasib, selaku perunding atau ejen hartanah (Oriental Realty, Shah Alam Branch).

Apa yang boleh Sis katakan,memang bagus sangat kalau korang yang memang minat buat bisnes nie memanfaatkan peluang ada. Banyak pengetahuan atau input yang boleh diperoleh daripada program yang dijalankan oleh USAHANITA ini.

Semoga lebih banyak lagi program yang dapat dilaksankan oleh USAHANITA pada masa akan datang. Jadi, jangan bertangguh lagi, jom kita daftar menjadi ahli USAHANITA sekarang!
Sekian dulu catatan Sis. Sampai jumpa lagi. Tata…
Terima kasih, Puan Sheila Ramlee (kanan) Ketua USAHANITA Daerah Petaling atas undangan ini 

Lurve,
Sis Anie Mohamed