Alangkah syoknya kalau dapat Sis undur kembali ke masa lalu Menjadi Raja Sehari di dalam dewan yang serba mewah ini. Hahaha… amboi ‘verangan’ la pulak. Tapi, apa ade hal kan… berangan tu kan percuma.
Apapun, kemunculan MAGICA Event & Functions Hall adalah berita baik untuk korang yang masih bujang trang-tang-tang. Yang dah berkahwin, beranak-pinak pun bermanfaat juga. Bolehlah kita bayangkan untuk meraikan hari paling bahagia dan istimewa untuk anak-anak di sini. Serius, sangat selesaa, dilengkapi fasiliti serba lengkap dan cantik betul dekorasinya yang berkonsepkan hiasan dalaman Eropah Moden.
Ada Tiga Dewan Utama
Kalau korang nak tahu, MAGICA merupakan dewan agam yang terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall, Subang ini menampikan 3 dewan utama iaitu Magica Hall, Classis Hall dan Garden Hall.
Ketiga-tiganya pun cantik. Ada konsep tersendiri. Tapi, bagi Sis la kan… yang paling letops ialah Magica Hall. Yang menariknya, andaikata tetamu jemputan korang tu tersangatlah ramai. Korang jangan risau, sebab boleh jer gabungkan tiga-tiga dewan tu, sebab boleh memuatkan sehingga 7,000 orang tetamu pada satu-satu masa. Luas sangat-sangat!
Magical Hall
Merupakan dewan utama yang mana interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan.
Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan.Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik.
Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.
Classic Hall
Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah.
Kehadiran lantai kaca membuatkan Magical Hall ini lebih eksklusif dan memukau pandangan |
Dekorasi pelamin tersergam indah dengan konsep tersendiri |
Merupakan dewan utama yang mana interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan.
Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan.Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik.
Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu.
Classic Hall
Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah.
Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.
Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing.
Garden Hall
Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan.
Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.
Ada VIP Suite Rooms
Untuk korang yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat korang ada pilihan, iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu.
Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.
Pakej Perkahwinan MenarikKorang yang nak kahwin atau ada anak yang merancang untuk menjadi Raja Sehari, bolehlah try Pakej Perkahwinan yang disediakan oleh MAGICA Event & Functions Hall ini.

Garden Hall, cantik! Tak ubah seperti berada di dalam taman bunga |

Hidangan lazat daripada J.Y Caterer |
Hidangan seribu rasa dibawakan oleh Zai Sri Gemilang |
Serikan majlis idaman dengan Rose Katering |
Hidang enak daripada Kencana Catering |
Nak cari cenderahati atau kek perkahwinan? Boleh dapatkan daripada Pretty Dolls |
Pelbagai pilihan menarik daripada KLWGF |
Okaylah, Sis nak sambung berangan kembali. Hahaha.. tak boleh nak move on dengan suasana yang cantik di dalam dewan tersebut! Lagi satu, lupa nak cerita juga masa event Hari Terbuka tu juga Sis menang lucky draw. Dapatlah sebuah telefon bimbit Oppo dan rasa bertuah sangat hahah... sebabnya Sis jarang bertuah bab-bab cabutan bertuah nie. Memang rezeki betul lah. Allhamdulillah.
Jumpa lagi.
Lurve,
Allhamdulillah... rezeki Allah nak kasi. Oppo pun Oppo lah... syukur! |
Jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments