Nuna Malaysia

Korang yang sedang menunggu kelahiran 'buah hati', tent dah tak sabar untuk membeli kelengkapannya.Cubalah intai The Threaded Collection,daripada Nuna ini.

Bagi yang masih belum familiar dengan Nuna, Sis jelaskan sikitlah ya. Jenama Nuna nie merupakan peneraju industri bagi kelengkapan premium bayi.







Keunggulan produk Nuna memang tiada bandingannya.Reka bentuknya tersendiri.Biarpun ringkas namun penuh gaya. Lagipun setiap produk dihasilkan menggunakan fabrik premium berkualti halus tenunannya untuk memberikan keselesaan kepada bayi tanpa mengabaikan fungsi dan sentuhan rekaannya. Memang sesuai sangat dijadikan pilihan bakal mama dan papa serta keluarga moden.
Fara Hanim Razak, personaliti TV dan juga model muslimah ini pengguna setia produk Nuna 




Beraneka Pilihan Gaya The Threaded Collection
Kalau korang nak tahu juga,The Threaded Collection ini menampilkan beraneka pilihan kereta sorong bayi, kot untuk perjalanan, kerusi kereta bayi dan banyak lagi. Warna-warnanya pun menarik warna dan harga yang ditawarkan juga berbeza. Bermula daripada RM1,000 hingga RM5,000, bergantung kepada produk dan aksesori berkaitan.

Terbaru dari The Threaded Collection’ialah kerusi kereta bayi PIPA Lite LX dan kerusi kereta boleh ubah REBL Plus yang disukai ramai.
PIPA Lite lx dilengkapi kemudahan true lock dan hanya mengambil masa lima saat untuk dipasang. Ianya menggunakan busa Aeroflex™ bagi mendapatkan rangka yang tahan lasak dan menyerap hentakan, sementara fabriknya pula menawarkan ketahanan dan perlindungan impak sampingan.

Yang REBL plusnie boleh digunakan sehingga anak korang mencecah ketinggian 105 sm (sekitar usia 4 tahun). Selain memiliki kemudahan tapak true lock, ia juga memiliki keupayaan pusingan 360 darjah, membolehkan anda menukar posisinya dengan mudah -tidak kira samada menghadap depan atau belakang

DEMI grow pula, mudah dilipat dan disimpan. Jimat ruang tau! Palang pemegangnya boleh diubahsuai dan dipasang dengan mudah .Tak adalah kita rasa stress bila nak memasangnya. Rodanya kukuh dan sesuai untuk semua jenis permukaan jalan!

DEMI carry cot. 'Carry cot' ini disertakan eksklusif dengan pembelian Demi grow. 'Cot' ini mudah diubah dan dilengkapi kanopi dengan perlindungan UPF 50++, serta pelindung mata untuk perlindungan daripada panas matahari. Panel udara berintegrasi memberikan keselesaan tambahan kepada bayi anda.

MIXX. Bakul ini dilengkapi dua kompartmen. MIXX memiliki ruang 'tersembunyi' yang luas untuk keperluan bayi dan anda! Ianya sangat versatil dan mudah ditolak ketika bersiar-siar. Sistem brek roda belakangnya memberikan suspensi kepada semua roda untuk perjalanan yang lancar.

MIXX carry cot. 'Carry cot' ini disertakan eksklusif dengan pembelian rangkaian MIXX. Bukan sahaja kompak,malah ruang penyimpanan yang terlindung turut boleh diubah dan dibasuh.Ia memiliki ruang kaki yang tidak licin sebagai ciri keselamatan dan kebersihan tambahan. Penutup atasnya memberikan perlindungan matahari dengan kanopi UPF 50+ Dream drape.

EAF curv. Buaian yang telah menerima pelbagai pengiktirafan ini menyerupai pergerakan sisi ke sisi berentak seperti dodoian sebenar.Tolakan perlahan memulakan pergerakan selama dua minit yang menenangkan bayi. Tanpa memerlukan bateri atau plag, buaian ini hanya perlu ditolak perlahan dan bayi anda diayun dengan tenang hingga terlena.
Fabrik kapas dengan pengiktirafan Oeko-tex boleh dibasuh menggunakan mesin ini membuatkan bayi berasa selesa dan selamat. Aliran udaranya menjadikan bayi tenang dan tidur dengan nyenyak.

Rangkaian Nuna Leaf Series termasuk Nuna Leaf Curv merupakan pelaburan jangka panjang dan boleh digunakan dari peringkat bayi hinggalah kanak-kanak mahupun dewasa dengan berat maksimum 60 kg.

Manakala SENA aire, cot mudah alih ini membantu menyediakan ruang khas untuk bayi di mana-mana sahaja. Rekaan air design™ yang terkini memberikan pengudaraan 360 darjah sekaligus membawakan aliran udara terbaik dan segar, serta tidur yang lena.

Tilamnya disertakan dengan rekaan berzip yang boleh dibasuh menggunakan mesin dan pengering. Tapaknya tidak mudah tergelincir dan membolehkan anak anda tidur lena tanpa gangguan.Mungkin saiznya sedikit besar, namun ianya mudah dilipat dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Nak disimpan dalam kereta atau di rumah pun senang.

Teruja tak nak membelinya? Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut tentang Nuna, ‘The Threaded Collection’layari www.supremeglobal.com.my atau www.facebook.com/NunaMY


Sis tengok pun, teruja dah…. Kalau nak beli pun, maybe kerusi kereta kanak-kanak lah kot. Kena cari yang sesuai sebab Dea Marissa, dah nak masuk lima tahun.Kena cari yang boleh sampai umur 7 atau 8 tahun. Baru berbaloi beli. Tak pun, tunggu kehadiran cucu jer lah baru Sis shopping habis-habisan hahhaa… Itupun lambat lagi, ntah sempat ataupun tidak untuk menatapnya! Huhuhu..

Bersama pelakon cantik Ramona ZamZam

Sempat lagi tu bergambar dengan selebriti cantik, Mia Ahmad yang turut hadir memeriahkan majlis.

Okaylah, sampai ketemu lagi di catatan akan datang. Sayang selalu!
Inilah Nuna bag yang sis menang lucky draw sewaktu pelancaran tersebut. 
Lurve,
Anie Mohamed