GARNIER LIGHT COMPLETE WHITE SPEED

Wow,menarik! Dalam masa 3 hari kulit muka dah nampak cerah. Hebat betul la Garnier Light Complete White Speed nih.

Tentu ada di antara kita yang merupakan pengguna tegar produk skincare Garnier. Lagipun produk skincare dari Garnier nie pun bagus, tiada mengandungi bahan-bahan kimia terlarang. Produk Garnier nie ada macam-macam, antaranya facial foam, serum, day cream, masker dan lain-lain lagi.

Apa sahaja produk skincare yang kita pakai pastikan ianya sesuai dengan jenis kulit muka kita. Sebabnya setiap satu produk tu mengandungi bahan/kandungan dengan fungsi yang berbeza-beza. Jadi, bukan semua orang sesuai menggunakan produk Garnier.
Mungkin citarasa kami sama, namun jenis kulit muka kami berbeza! 
Kenali Jenis Kulit Muka Sendiri
Tak kisahlah produk skincare apa yang korang nak pakai. Paling penting, korang kena tahu atau kenali jenis kulit muka sendiri. Kulit berminyak ker… kering ker.. sensitif ke.. atau kombinasi.

Setahu Sis, kalau kulit muka kita berminyak gunalah pembersih muka yang tidak berasaskan minyak (oil free). Seelok-eloknya pilih pembersih muka yang berasaskan air atau mineral.

Manakala kalau kulit muka kita jenis kering, gunakan pembersih muka yang mampu melembapkan kulit muka kita sepanjang hari.



 EDITOR’S PICK:
 Cerah Dalam Masa 3 Hari
(Korang kenalah gunakan kesemua rangkaian produk Garnier Light Complete White Speed secara rutin)

Garnier Light Complete White Speed
Antara banyak-banyak produk Garnier tu, Sis pernah pakai Garnier Light Complete White Speed Super Foam.Pembersih muka nie bertestur ringan dan baunya tu yang paling Sis suka. Segar nak ‘matey’ bau lemonnya! Hahahha…

Pembersih muka jenis dikatakan kaya dengan kandungan vitamin CG, pure lemon essence dan juga ekstrak Moringa yang dapat menghapuskan hingga 10 kali lapisan make up dan pencemaran dalam satu kali bilasan.

Lagi satu yang buat Sis suka, sensasi rasa dingin yang buat kulit muka Sis terasa lebih segar ketika mengaplikasikannya pada muka. Selepas cuci dan bilas, kulit muka Sis betul-betul rasa bersih dan fresh!



Garnier Light Complete WhiteSpeed
(3X Vitamin C & Lemon Yuzu Segar)
Memandangkan ia dihasilkan daripada buah lemon Yuzu segar (Jepun), dah tentulah baunya pun fresh. Serum nih mengandungi 3 kali vitamin C dengan SPF19/PA+++ dikatakan mampu menyelesaikan masalah kulit kusam dan kulit boleh nampak cerah sejak hari ketiga penggunaannya. Selain itu, bintik-bintik hitam serta kesan-kesan jerawat dapat disamarkan.

Garnier Light Complete White Speed Super Essence
Serum Super Essence dilengkapi dengan pati buah lemon Yuzu (Jepun) dan 30x vitamin C yang dipercayai berkesan untuk mencerahkan kulit muka serta menghilangkan segala noda di muka.

Teksturnya cair dan aplikasikan pada muka sambil dap dap dap supaya serum tersebut meresap masuk ke dalam kulit muka. Baunya pun best, lemon segar.

Kalau korang nak tahu juga fungsi utama Serum Super Essence ni ialah untuk mencerahkan segala noda hitam dan kulit secara keseluruhan dan juga memberikan nutrisi dari dalam.




Dah Makin Jatuh Cinta!
Sis paling suka dengan Garnier Micellar Cleansing Water, warna pink.Fungsi utamanya ialah untuk menghapuskan kesan-kesan mekap (make up remover) atau menghilangkan kotoran muka dalam hanya satu sapuan.

Korang kena rasai sendiri resultnya selepas menggunakan Micellar Cleansing Water.Oh ya, kalau kulit muka korang sensitif, berdasarkan packagingnya, warna pink tu adalah untuk kulit sensitif.
Manakala Micellar Cleansing Water yang warna biru, Pure Active tu disarankan untuk korang yang memiliki kulit muka berminyak dan berjerawat.



         Corat-Coret:KEMPEN SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI DENGAN GARNIER



Okay Sis nak cerita sikit pasal kempen Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier yang lalu.
Menerusi kerjasama dengan MYDIN, jenama kecantikan ini berjaya mengumpul RM15,00 bagi memperkasakan wanita menerusi TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA).



Kempen tersebut turut mendapat perhatian dan juga sokongan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz. Mereka ini terlibat dalam siri drama mini “Serikan Hatimu” yang dibawakan oleh Garnier.

Setakat nie dulu ya, catatan Sis. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed