Bersempena dengan sambutan Tahun Kemerdekaan ke-62, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) menawarkan beberapa promosi hebat, serendah RM62!


Sepanjang bulan Ogos ini, promosi makanan Bulan Merdeka di Restoran Royale Songket, Aras G ini merangkumi promosi Hi Tea Bulan Merdeka berhargaRM62.00 ++, promosi Promosi Merdeka Grand BlueWave Hotel Shah Alam 1kg)berharga RM62.00+ dan terhad kepada 20 biji kek setiap hari.


Andaikata korang berhajat nak dapatkan kek ini pada harga promosi, silalah membuat tempahan dan juga pembayaran 3 hari sebelum tarikh mengambil kek tersebut ya.

Di samping itu, promosi Set Merdeka untuk dua orang dengan harga RM62.00+. Menu Set Merdeka nie ialah Ikan Siakap Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Kailan Ikan Masin dan Nasih Putih. Memang lazatlah kalau dinikmati masa makan tengahari. Tengah-tengah perut kita ‘berkeroncong’ hahaha…


Promosi Hi Tea Merdeka
Korang juga boleh menikmati pelbagai pilihan masakan Melayu, India, Cina dan Barat untuk promosi Hi Tea Merdeka.Boleh didapati pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ogos ini bermula jam 12 tengahari sehingga 4 petang dengan pilihan menu yang berbeza tau.



Antara menu pembuka selera yang ditawarkan ialah pelbagai jenis sayur dan salad seperti Vegetable Crudites with Green Pea Dip, Sliced Smoke Salmon Platter, Cold Steamed Chicken with Marinated Cucumber Thai Style, Turkey Ham Vagetable Salad with Corn Chips, Quinoa Salad with Cherry Tomato dan banyak lagi.






Bagi korang yang suka masakan Melayu dan India pula, boleh menikmati Kambing dengan Cili Merah, Nasi Kukus Jasmin, Kari Kambing Hijau dengan Terung, Roti Naan, Kari aAyam Madrashah dengan Santan, Kari Sayur Dhal dengan Kerepek Rangup.

Masakan Cina yang boleh korang try ialah Nasi Goreng Cina, Sotomg Cili Kering, Ikan Masam Manis dengan Nanas, Sotong Goreng bersama Sos Masam Manis dan Seasonal Green Vegetable with Herbs.

Antara masakan Barat yang cukup enak dan wajib korang cuba ialah Roasted Chicken with Black Pepper Sauce, Sauteed Garden Vegetable in Light Herb Butter, Foot Long Sausage, Roast Pumpkin, Rolled Beef Sliced Filled with Force Meat Roasted in Creamy Mushroom Sauce, Chicken Schnitzel with Lime and Tatar Sauce dan Lemon Crumb Fish Fillet with Sticky Tomato Dip.


Gerai 'Show Kitchen'
Apa yang menarik lagi, buffet ini turut mempunyai gerai ‘show kitchen’. Banyak tau makanan-makanan yang bakal membangkitkan selera. Ada Satay Ayam, kuih-muih Malaysia seperti Pisang Goreng, Cucur Udang, Cucur Ikan Bilik dan Keropok Lekar.




Bukan itu jer ye, kat gerai tu juga terdapat pizza, burger dan sosej. Di ‘live stalls’ korang cuba boleh menikmati Nasi Ayam, Nasi Lemak Pandan, 5 jenis Mee, Pasta serta hidangan Jepun seperti pelbagai tempura dan sushi.






Oh, ya ABC dan pencuci mulut serta pastry pun ada! Antaranya Danish pastries, donut, kek seperti American Baked Cheese Cake, Chocolate Devil Cake, Mousse Cake, Praline Cheese Cake, Tiramisu, puding, waffle dan pankek.

Jika korang ada sebarang pertanyaan ataupun nak terus buat tempahan, hubungi talian 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau WhatsApp – 0192736801


Sis dah try promosi Hi Tea Merdeka tu,memang berbaloi dan puas makan!!

Okay, sekian dulu catatan Sis kali ini. Jumpa lagi!





Lurve,
Sis Anie Mohamed