Tidak dinafikan susu kambing memang jarang disukai oleh kanak-kanak berbanding daripada susu lembu. Padahal khasiat susu kambing sungguh luar biasa, memiliki nutrisi khas yang tidak diperoleh dalam susu lembu. Pernah dengar susu Karihome?


Karihome antara susu kambing terbaik yang dapat membantu meningkatkan perkembangan sistem imun kanak-kanak.


Kebaikan Susu Kambing Tiada Tandingan!

Sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting. Tanpa sistem imun yang kuat di dalam tubuh, anak-anak akan mudah sekali diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Jadi, sebab itulah anak-anak perlu mempunyai daya ketahanan tubuh yang kuat sepanjangan tumbesaran mereka. Inilah keistimewaan susu Karihome yang memainkan peranan aktif dalam meningkatkan daya ketahanan tubuh anak-anak.

Susu kambing mengandungi kadar kalsium yang tinggi sehingga dapat memberikan keperluan nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak.Tambahan pula Karihome mengandungi bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida yang meningkatkan serta menyokong perkembangan daya ketahanan tubuh anak-anak.

Kalsium sangat penting dalam tumbesaran serta perkembangan anak-anak terutama dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Ia juga mampu mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan.



Pertama Kali Rasa, Terus Suka!

Selama hari ini Sis memang tahu 1001 kebaikan yang terdapat dalam susu kambing. Cuma, mengenangkan bau hamisnya tu membantutkan perasaan ingin mencuba,sampailah terjadi satu insiden di mana Dea Marissa jatuh sakit. Batuk dan selesema tak kunjung sembuh. Baik sehari dua, kemudian sakit semula. Keadaan tersebut berlarutan hampir dua minggu. Ternyata antibodi Dea Marissa yang kini berusia 4 tahun lapan bulan tidak kuat.

Beberapa orang teman menyarankan agar Sis memberikan Dea Marissa susu kambing. Sis pun buatlah sedikit research dan terpanggil untuk mencuba susu kambing jenama Karihome ini memandangkan review yang diberikan oleh pengguna kebanyakannya positif.


Allhamdulillah, masuk hari ini (ketika cerita ini ditulis) sudah seminggu Dea Marissa minum Karihome Goat’s Milk Pre-School Formula (Step 4) dan dia menyukainya. Paling melegakan, Dea Marissa kini sudah kembali aktif, ceria dan bebas daripada masalah batuk serta selesema. Dea Marissa juga tidak mengalami sebarang masalah penghadaman setelah minum susu barunya itu.


Diimport Dari New Zealand

Karihome adalah susu kambing formula yang diimport dari New Zealand. Ianya turut dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Jadi, sebagai pengguna terutamanya kaum ibu di luar sana, tidak perlu bimbang untuk memilih susu kambing Karihome buat buah hati tersayang.



Kelebihan Luar Biasa Susu Karihome

Sebagai pengguna baru, Sis semakin percaya dengan kelebihan yang ada jenama ini.

Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka.

Untuk pengetahuan korang juga susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak iaitu:

1. Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun

2. Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanpa menyebabkan masalah ‘obesity’.

Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik.

Manakala protein curdsusu kambing pula halus dan senang dihadamkan. Secara tak langsung ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.


Jadi, Sis sarankan mana-mana ibubapa yang sedang mencari-cari susu terbaik, perlukan option kalau tak nak bagi anak minum susu lembu formula, boleh try susu kambing Karihome.

Insya-Allah susu ini dapat memberikan nutrisi keperluan yang mencukupi untuk anak-anak korang. Lebih-lebih lagi anak yang jenis kurang suka makan nasi macam Dea Marissa. Selain cepat dihadam, minum susu Karihome juga dapat meningkat rasa kenyang lebih lama.


Memang best dan terbaik susu kambing Karihome ini. So, jangan lupa untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak korang!

Sekian dulu. Jumpa lagi.




Lurve,
Sis Anie Mohamed