Setiap lelaki pasti mahu tampil menarik, terutama di depan wanita. Minyak wangi juga adalah penampilan terpenting yang tidak boleh dipandang sebelah mata!





Apalah gunanya, jika bau badan menyengat! Sekurang-kurangnya semburan minyak wangi
itu dapat membuatkan penampilan korang jadi lebih segar, wangi dan lebih handsome! Barulah orang-orang yang berada di sekeliling korang tu akan berasa lebih selesa.


Kena Cuba!
Kini wangian terbaru David Beckham telah pun berada di Malaysia. Tak perlu nak rasa ragu-ragu tentang kehebatan minyak wangi tersebut sebab ia direka khas oleh syarikat pereka minyak wangi mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss).Lagi satu, ia turut mendapat sentuhan daripada David Beckham sendiri bagi memastikan ianya sempurna mengikut citarasanya.

Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry dan Faeez Fadhillah bersama pilihan haruman David Beckham
Ada 4 Aroma Berbeza
Hadir dalam empat aroma yang bebeza iaitu Instict, Homme, Respect dan Classic, setiap satunya melambangkan ciri-ciri keperibadian David Beckham itu sendiri.Kalau korang nak tahu, untuk pasaran Malaysia ada 3 orang selebriti usahawan yang telah terpilih untuk mewakili setiap satu aroma tersebut.

Azwan Kombos mewakili aroma Instinct, Ryzal Jaafar untuk aroma Homme. Manakala bakat baru Ikmal Amry mewakili aroma Respect dan usahawan Faeez Fadhillah pula aroma Classic.
Rangkaian minyak wangi David Beckham ini dijual pada harga 
RM159.90 – RM189.90 (EDT)
RM19.90 (Spray Deo)
RM39.90 (Parfum Deo)


Melihat pada harga yang ditawarkan, masih mampu milik, kan.
Jadi, selamat menikmati keharuman minyak wangi,David Beckham. Bagi, yang mencari-cari hadiah untuk tersayang, bolehlah beli. Sis suka baunya.
Serius! Baunya sangat menggoda! Hihiii....

Aromanya penuh sensasi. Luv it!
Lurve,
Sis Anie Mohamed