Bagi korang yang menyukai masakan negara matahari terbit, Jepun dan mencari-cari makanannya yang halal boleh menikmatinya di Restoran RaxuXin yang terletak di aras lobi Hotel Concorde Shah Alam.


Menu Terbaru Makanan Jepun
Restoran RakuXin ini menyajikan masakan Jepun dan Cina.Baru-baru ini Restoran RakuXin telah memperkenalkan beberapa menu terbarunya.




Antara menu terbaru makanan Jepun ialah Shishamo Tempura – a deep- fried pregnant fish with ohba leaf in tempura batter), Unagi Chawan Mushi (steamed egg custard with eel), Kusyiyaki skewers items such a Salmon, Prawn, Teba Saki, Tori Tsukune dan Shitake, Inari Tanuki Sarada, Ebi Tempura, Beef Teriyaki, Dragon Rolls dan Tempura Brownies.




Tempura Brownies







Selain menikmati pelbagai menu menarik tersebut, korang juga disajikan dengan pelbagai pemanis mulut seperti dim sum, sashimi,sushi, teppayanki dan juga BBQ.



Waktu Operasi
Restoran RakuXin dibuka pada hari Isnin sehingga Sabtu, bermula jam 12.00 tengahari sehingga 8.00 malam.

Lagi bagus kalau korang buat tempahan terlebih dahulu sebelum datang. Sampai-sampai jer nanti, dah boleh terus menjamah hidangan. So, untuk tempahan ataupun sebarang pertanyaan korang boleh hubungi talian 03-5520 80000 atau layari www.shahalam.concordehotelresorts.com


Sis Suka!
Kalau korang tanya sis, ok tak menu-menu yang disediakan tu? Terus-terang sis katakan, Sis bukanlah peminat makanan Jepun, tetapi apa yang dihidangkan tu memang boleh diterima oleh anak tekak sis ni. Bermakna, sedaplah makanan Jepun yang ada di Restoran RakuXin, Concorde Hotel Shah Alam ni.

Selamat menjamu selera semua. Jumpa lagi di catatan akan datang.



Tataa
Lurve, 
Sis Anie Mohamed