Semakin bertambah usia, semakin bijak pula Dea Marisssa melahirkan keinginannya, termasuklah bab memilih pakaian nih. Kadang-kadang, sis nak dia pakai baju lain, tapi ianya tak sesuai dengan kemahuan Dea Marissa. Kalau tak diikutkan, boleh jadi haru-biru tau.

Dulu masa tak tahu betapa banyak manfaat positif bila anak kita memilih pakaiannya sendiri, Sis berkeras juga memujuknya supaya mengenakan baju yang Sis suka. Tetapi, lepas dah tahu tu, Sis cuba biarkan sahaja Dea Marissa membuat pilihannya sendiri.

Dea Marissa semakin pandai bergaya 
So, kat sini Sis kongiskan apa manfaat positif tu ya. Sekurang-kurangnya momma-momma tahu kebaikan tersebut.

1. Berani Mengemukan Pendapat

Memilih pakaian atau bajunya sendiri akan melatih anak-anak kita untuk melahirkan pendapat serta keinginannya. Anak kecil ini akan belajar berekspresi, menentukan penampilan dirinya yang dirasakan sesuai dengan karakternya.

Sebagai ibu, dah pastilah kita akan bertanya itu ini dan apa alasannya memilih untuk memakai baju tersebut. Macam sis, sis akan tanya Dea Marissa dan dari situlah anak kecil ini akan belajar menjawab segala pertanyaan yang kita ajukan. Secara tak langsung, akan melatih dirinya supaya berani berekspresi ataupun mengemukan pendapat.

Momma senang hati bila tengok Dea Marissa semakin pandai berdikari
2. Belajar Membuat Keputusan
Sis tak nafikan, kadang-kadang baju yang dipilih oleh Dea Marissa nie memang tak sesuai langsung dengan keadaan dan masa. Ada ke tu, nak pakai baju tidur - rompers lengan panjang di tengahari buta.

Biarpun ditegah dan diberikan penjelasan, namun Dea Marissa tetap berkeras dengan keputusannya untuk mengenakan pakaian tersebut. Alahai anak oii… Nak tak nak, sis layankan jugalah sebab tak mahu dia melalak. Hahaha….

Lepas tu dia sendiri yang tak tahan kepanasan.Haa.. tahu pun panas dan rasa baju tu tak sesuai untuk dipakai pada waktu tengahari dan dalam cuaca panas. Saat itu sis akan terangkan kenapa sis tidak bersetuju dengan kehendaknya itu. Secara tak langsung, anak kecil ini akan belajar berfikir logik, baik dan buruk dari keputusan yang telah dibuat.

3. Tingkatkan Kreativiti & Keyakinan Diri

Bak kata orang, seni itu perlu diasah. So, biarkan sahaja anak kita memilih warna,corak mahupun potongan pakaian yang ingin digayakan.

Biasanya lepas pakai baju yang telah dipilih, Dea Marissa akan tengok cermin, seolah-olah nak tengoklah apa yang dikenakannya tu sesuai atau tak dengan dirinya.Kalau kita tengok pakaian yang dipilih oleh anak kita tu sesuai, berilah sedikit pujian. Secara tak langsung ia akan menambah keyakinan darinya.

Pantang tengok cermin jugak Dea Marissa nih...
4. Lebih Berdikari
Apa yang Sis perhatikan, menjangkau usia nak masuk lima tahun nie Dea Marissa lebih banyak berdikari. Tapi, kalau time tak der mood atau datang penyakit malasnya, biasalah kan… Apapun tak dibuatnya sendiri. Huhuhu..huu..

Bercerita tentang memilih baju nie, sejak-sejak seronok menentukan pilihan dan keinginannya sendiri, di saat Sis sibuk Dea Marissa tak ada masalah untuk menguruskan dirinya.

Tanggal baju sekolah, dan ganti baju pakai di rumah pun Dea Marissa dah boleh buat sendiri. Apatah lagi, jika kami mahu keluar berjalan-jalan. Lagilah laju Dea Marissa membuat pilihan serta mengenakan pakaian kegemarannya. Kadang-kadang macam tak percaya sahaja, anak kecil ini sudah semakin membesar dan pandai berdikari!



Tak salah kita memberikan sedikit kebebasan untuk anak kita menentukan pilihannya berpenampilan, tetapi pastikan juga pakaian tersebut sesuai dengan umur serta norma kehidupan kita ya!

Sekian dulu perkongsian cerita. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed