Tak tahu nak cakaplah bila datang penyakit malas nie. Nak buat satu bendapun, tak ada mood! Sudahnya merugikan diri sendiri dan banyak kerja terbengkalai dan tertangguh.


Memang tak boleh dibiarkan penyakit malas nie.Dan kita kena tahu cara/tips untuk mengatasi atau menghilangkan rasa malas yang sering membelenggu diri kita.

Sebenarnya ada banyak cara, tapi yang sis share nie adalah yang selalu sis lakukan setiapkali munculnya penyakit malas dalam diri sis. Paling penting, kita kena ubah mind set kita dulu supaya timbul rasa ingin melawan perkara-perkara negatif yang wujud dalam fikiran kita.
Foto: Google 
1. Kena Ada Schedule Harian
Sejak dari dulu lagi sis memang suka buat schedule atau jadual harian. Kira macam dairy harian la nie.Dengan adanya schedule tu, senang nak plan atau buat target apa yang nak kita lakukan pada setiap hari. Selain itu, schedule nie juga membantu sis mengingati deadline client dan sebagainya.








2. Sentiasa Berikan Motivasi Pada Diri Sendiri
Kalau korang perasan, selalunya pagi-pagi sis suka post kata-kata yang positif serta mampu membangkitkan energi diri kat instagram sis (@aniemohamed ).Memberikan motivasi atau penghargaan kepada diri sendiri juga merupakan salah satu cara yang boleh korang praktik untuk membuang rasa malas.

Anak manis yang sorang nie selalu menjadi sumber kekuatan sis 

3. Cari Sumber Semangat
Yang nie juga penting tau… dengan adanya sumber semangat, secara automatic energi kita akan datang.Macam sis, keluarga khususnya Dea Marissa sering menjadi sumber kekuatan semangat sis untuk bangkit dan maju ke hadapan.

Setiapkali penyakit malas datang, sis akan ingat mereka. Apa yang sis nak buat adalah untuk membahagiakan mereka dan sis tak nak perasaan malas tu membantutkan segala impian dan harapan sis. Chewah… gitewww….

4. Bayangkan Kegagalan
Kalau sis la kan, setiapkali membayangkan kegagalan bila target tu tak tercapai, rasa frust sangat. Sis tak mahu perkara tu terjadi sebab sis memang nak sukses dalam apa jua perkara yang sis buat.
Gambaran buruk tentang kegagalan itu memberikan sis rasa takut, secara tak langsung juga akan membuatkan sis jadi lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam waktu yang sama, sis dapat membuang penyakit malas tu.
Foto:Google
5. Jangan Dekat Dengan Katil!
Hahahahaha… disebabkan work space sis terletak di sebahagian sudut bilik tidur, so situasi ini sangat membahayakan. Hahahaha…Kalau datang penyakit malas tu, rasa nak berbaring jer di atas katil! Huhuuu…. So, sis akan hindari untuk duduk-duduk bersantai di atas katil.

Kalau rasa nak cari idea, sis akan lepak-lepak kat balkoni. Tengok langit, tengok awan dan bayangkan apa sahaja yang indah-indah dan boleh memacu semangat untuk lebih sukses.
Okay, itulah antara beberapa cara yang selalu sis praktik untuk menghilangkan penyakit malas. Apabila mind set kita ok, segalanya akan jadi lebih mudah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Jumpa lagi. Tataa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed