Korang pernah tak menjamu selera di Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini? Kalau belum pernah, biar sis bagi tau. Kualiti makanannya ‘tip top’ hampir semua menu yang ada tidak mengecewakan.




Kedua Chef hebat berganding bahu menyediakan hidangan 4-in-1 Buffet Dinner yang cukup lazat ini
Terserlah kelazatannya!
Baru-baru ini Restoran Royal Songket telah memperkenalkan tema terbaru bagi bufet makan malamnya iaitu 4-in- 1 Buffet Dinner. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia.






Pelbagai Pilihan Makanan
Korang yang ‘eat clean’ jangan risau sebab terdapat banyak pilihan pembuka selera seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carroot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn,Gado-Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments. Korang boleh makan sepuas-puasnya dan menikmati variasi hidangan tersebut.

Beef Teriyaki
Chicken Teriyaki
Pilihan Menu Bufet Terbaik 
Bagi korang sememangnya menyukai BBQ & Grill, bersiap sedialah untuk memuaskan selera korang. Di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), korang boleh menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza.





Selain itu, korang boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang.


 Sajian bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis.


Korang yang suka menikmati makanan Jepun, sudah semestinya singgah di gerai Jepun. Antaranya Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Begitu juga dengan masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boeh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood.

Mee Mongolian BBQ

Corn on Cobs
Mini Piza



Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam ini jua boleh di dapati di Gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos. 

Mexican Nachos
Cheezy Meatball
Di gerai ini juga terdapat terdapat pelbagai piliha masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsium & Cajun Spices,French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ. Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung.











Hidangan Pencuci Mulut

Bagi menambah kemeriahan pada bufet makan malam tersebut, jangan lupa ke ruangan pastry dan pelbagai jenis pencuci mulut yang wajib dicuba.

Antaranya, Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sogo Soup, Mango- Mandarin Pudding dan banyak lagi.


Waktu Operasi:


4-in-1 Buffet Dinner

Royal Songket Restaurant, Tingkat G

Hari: Setiap Jumaat dan Sabtu

Masa: 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Harga:
RM95.00+ (dewasa) RM47.00+ (kanak-kanak berumur

4 tahun hingga 11 tahun
)

Tempahan: Hubungi Telepemasaran 03-55111833 ext 2723/2724/2606

TQ atas jemputan. Sampai ke hari ini masih terasa keenakan bufet makan malam tu. Sedap betul!
Jangan korang ragu-ragu untuk menikmati 4-in-1 Buffet Dinner yang dibawakan oleh Restoran Royal Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini dan rasakan sendiri pengalaman menjamu selera dengan variasi hidangan yang disajikan. Korang hanya tinggal pilih sahaja yang mana satu menambat selera. Apapun hari tu sis rambang mata dan sukar nak buat pilihan bila semuanya nampak sedap!

Muka-muka kekenyangan nih! 

Okay, nanti korang try tau. Sekian sahaja. Bye!
Lurve,

Sis Anie Mohamed