Setiap wanita pasti nak memiliki kulit wajah yang cerah, mulus dan glowing bak artis Korea. Menggunakan krim malam sebelum tidur sebenarnya turut membantu kita mendapatkan wajah yang cerah dan mulus!
Jangan Malas Guna Krim Malam!Krim malam dikatakan sangat efektif untuk mempercepatkan pengelupasan kulit atau regenerasi sel kulit ketika kita sedang tidur. Walaupun mata dan tubuh kita sedang relaks, tapi kulit wajah tetap bekerja. So,kita perlu memberikannya nutrisi yang tepat serta mencukupi dan salah satu jalan terbaik adalah dengan menggunakan krim malam.

Berikut adalah 9 kebaikan menggunakan krim malam sebelum tidur:


1. Merawat kulit wajah agar supaya kekal lembab dan tidak kekeringan.

2. Membantu proses regenerasi kulit kulit mati pada malam hari, sehigga mampu merawat kulit yang kusam.

3. Dapat membantu menghapus tanda-tanda penuaan semulajadi seperti kedutan dan garis-garis halus di wajah.

4. Membuat tekstur kulit menjadi lebih halus dan sekata warnanya.

5. Menganjal atau menegangkan kulit wajah yang kendur atau kulit berkedut.

6. Membantu mengecilkan pori-pori kulit wajah yang besar.

7. Membantu menutrisi kulit wjah sepanjang malam ketika sedang tidur.

8. Membantu menghilangkan kesan-kesan bekas jerawat serta bintik hitam di wajah.

9. Urutan wajah ketika mengaplikasikan krim malam akan memperlancarkan perjalanan darah.



Pilihan Sis!
Hada Labo Premium Night Cream
Sebenarnya kulit wajah sis nie jenis kering, dan sis masih lagi mencari-cari krim malam yang sesuai.
Sis baru dalam tiga minggu mencuba Hada Labo Premium Night Cream, setakat ini allhamdulillah. Nampak serasi dan masalah kulit kering pun tak ada lagi.

Selain, Hada Labo Premium Night Cream, Sis pun ada guna Hydrating Lotion (gokujyun). Ala-ala toner, just tepuk-tepuk jer kat muka. Siap!

Ada banyak produk skincare Hada Labo yang bagus untuk setiap masalah kulit. Dan sis, baru try dua produk tu.Ingat nanti, nak cuba rangkaian produk Hada Labo yang lain pula. Kalau rasa nak dapatkan produk nie, singgah la kat Guardian. Sis selalu beli kat situ.

Sekian perkongsian cantik sis kali ini. Jumpa lagi. Tataaa…

Lurve,

Sis Anie Mohamed