Masa muda remaja dulu tak pernah kisah pun pasal sunscreen.Tapi, bila dah berusia dan tahu pulak kepentingan pakai sunscreen, rasa menyesal pula alert tentang hal nie.Patutlah kat muka nie banyak nau tompok-tompok hitam serta kedutan halus.

Lebih-lebih lagi bila kerap terdedah pada cahaya matahari dan kulit perlu mendapatkan perlindungan dan berisiko terbakar matahari.Korang tahu tak, bila dan di mana korang perlu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari?

Waktu join  Healthy Beauty Media Retreat Avillion Port Dickson lalu, setiap orang dibekalkan susnsreen
Sebenarnya melindungi kulit wajah atau muka daripada sinaran ultraviolet (UV) wajib dilakukan sepanjang hari.Tak kira cuaca panas mahupun hujan. Menggunakan sunscreen bukan sahaja melindungi kulit dari risiko bahaya kanser kulit. Malahan untuk menjaga kelembapan kulit supaya tidak akan dehidrasi.

Bila dah terdehidrasi tu dah pastilah kulit wajah kita tak akan nampak sihat serta awet muda. Gitewww... Jadi, bagi yang belum biasa memakai sunscreen tu, jangan berlengah-lengah lagi. Mula hari ini, pakailah secara rutin.



Berikut beberapa tips melindungi kulit wajah dengan sunscreen dengan tepat.

1. Kalau korang nak tahu, SPF50 adalah paling ideal. Kalau lebih tinggi dari kadar SPF tersebut dikatakan dapat meningkatkan risiko sunburn dan juga kanser kulit. Dah jadi bahaya pulak, kan. So, SPF50 just nice untuk kita kekalkan kulit wajah agar kekal sihat.

2. Jika kulit wajah korang dalam kategori yang sensitif, sebaiknya gunakan sunscreen yang mengandungi Titanium dan Zin Oxide. Ini adalah kerana kedua bahan tersebut dikatakan mampu mempertahankan kulit wajah korang daripada bahaya sinaran UV.

3. Aplikasikan sunscreen secara merata ke seluruh wajah dan biarkan ia menyerap sepenuhnya sebelum korang pakai mekap.

4. Opss andaikata korang tak berhijab, jangan lupa sapu juak sunscreen kat telinga dan leher tau.

5. Walaupun mungkin mekap korang dah ada SPF tapi kalau korangnak perlindungan terbaik untuk kulit wajah, kena jugak pakai sunscree sebelum pakai foundation.

6. Jangan lupa tau re-apply. Okay, kalau korang berpeluh atau time tu buat aktiviti berenang, pastikan korang sapu balik sunscreen tu setiap 2-3 jam sekali. Kalau rasa tak berpeluh, sebaiknya pakai balik sunscreen tu setiap 4-6 jam sekali.

100% organik (aloe vera)
"Sunset Volleyball Game", apa-apa hal kita orang pakai Sunscreen SPF50 dari Guardian dulu.

Brand apa yang korang nak guna, terpulang. Tapi carilah yang selamat dipakai tanpa kesan sampingan, lulus KKM, halal dan sebaiknya kandungan produk tersebut berasaskan semulajadi.Kalau tanya sis, sis suka juga guna Sunscreen daripada Guardian, SPF50 (daily sun protection face cream). Serasi dengan kulit wajah sis.





Okay, sekian dulu catatan Sis kali ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bye


Lurve,
Sis Anie Mohamed