Baru-baru ini Guardian Malaysia telah melancarkan Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki yang boleh didapati pada harga yang cukup istimewa di semua store Guardian bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember, 2019



Menurut DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Healthy and Beauty (pertama dari kanan- belakang) "Kami sangat teruja dengan kolaborasi bersama tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakter yang berwarna-warni, menarik dan cukup menonjol. Malahan, karya seni tersebut direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama, merangkap Ketua Pegawai Kreatif iaitu Simone Legno”.

Kata beliau lagi, berkenaan 3 beg kembara edisi terhad yang dihasilkan oleh Simone Legno ini, begitu unik sekali. Jika diamati dengan teliti, rekaan tersebut jelas menerapkan elemen-lemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter-karakter tokidoki.

Kalau korang nak tahu juga,tokidoki pernah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld,Muziam Guggenheim, LeSportsac, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Fujitsu, Levi’s, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi. So, brand tokidoki bukan calang-calang ok!

HARGA YANG DITAWARKAN
RSP = Regular Selling Price


TOTE BAG RM80
RSP: 280



BACKPACK RM100
RSP RM440
 


LUGGAGE BAG RM170
RSP RM600



MACAM MANA NAK DAPATKAN BEG SIRI KEMBARA NIE?
Okay, macam nie. Andaikata korang berharat nak memiliknya pada harga yang cukup istimewa daripada Guardian, korang hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta barangan jenama atau produk yang mengambil bahagian, dalam satu resit.

Kalau korang rasa tak nak beli barangan-barangan terpilih tersebut, korang boleh jer beli atau berbelanja barangan  jenama lain, tapi korang kenalah berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu resit. 

Yang mana satu jadi pilihan korang? Ketiga-tiga pun best. Tapi sis paling tertarik yang Luggage Bag tu lah he he he
Kalau berkenan, cepat-cepat beli tau, takut nanti habis stok, melepas pulak.Tamat 31 Disember 2019. Ketiga-tiga beg nie merupakan edisti terhad, eksklusif untuk para pelanggan Guardian. Jadi, siapa cepat, dia dapat ok. Kalau dah habis stok tu, nasib lah ye....  So, jangan berlenggah kalau rasa hati dah berkenan tu. Sis pun nak 'menyambar' jugak he he he... 


Lurve,
Sis Anie Mohamed