Tak sangka dapat lagi peluang join aktiviti Healthy Beauty Media Retreat Bersama Guardian Malaysia untuk tahun 2019 ini. Last year, dorang buat Wellnes Retreat di Philea Resort and Spa Melaka.


Whoa! Untuk kali ini memang cukup mengujakan Healthy Beauty Media Retreat Bersama Guardian Malaysia
 di Avillion Port Dickson.
Memasing dan tak sabar lagi...
Dulu 2 hari 1 malam, tapi kali ini 3 hari 2 malam (2 Oktober sampai 4 Oktober 2019) pula. Memang enjoy habis dan aktiviti kali ini juga lebih tersusun, tidak terlalu padat macam yang lepas. So, adalah masa untuk sis bersama rakan-rakan media dan blogger menikmati suasana menarik sambil berselfie di sekitar Avillion Port Dickson.

Sebaik tiba, taklimat diberikan oleh Mr Ramzan yang merangkap sebagai emcee dan juga kordinator sepanjang event berlangsung.
HARI PERTAMA

Perasaan excited tu tak payah nak cerita. Sebelum pergi lagi dah membayangkan. Sure retreat kali ini, lebih best dan enjoy.Tambahan pula,yang pergi nie ramai yang sis baru pertama kali kenal dan jumpa depan-depan.Ada juga yang memang dah kenal di alam maya, tapi tak pernah jumpa. So, kira inilah peluang terbaiklah untuk kami berkenal mesra.

Disebabkan ada banyak sangat aktiviti serta gambar-gambar menarik, so biarlah gambar yang bercerita!

Tenang dan damai, suasana di Avillion Port Dickson
Makan Time!! Kebetulan kami sampai dah tengahari. Apa-apa isi perut dululah....
Ada banyak aktiviti dilakukan di bilik Riau ini, termasuklah Opening Ceremony, Safety Briefing,Reatreat Briefing
 dan Ice Breaker
Buku catatan yang diberikan setiap seorang ini turut mengandungi tentatif program sepanjang 3 hari itu.

Aktiviti Ice Braker nie paling lawak, sebab sis dapat soalan "Would you rather mentally of physically never age? Why?" 

Tengok video nie untuk tahu apa jawapan Sis tu erk:))



Pemeriksaan  kesihatan dengan Guardian's Pharmacist (cek gula dalam darah,cek tekanan darah tinggi dan cek lemak dalam badan). Alamak! Ada lebihan lemaklah yang tersembunyi, walaupun  usia sis dikatakan 4 tahun  lebih muda daripada usia sebenar sis. So, patutlah banyak seluar yang tak muat!! Hahhaha...
Inilah teman sebilik sis, Kolin Zainal dan Sally. Memang ngam habis!!! 
Bergambar dah jadi satu kemestian, pantang nampak kamera jerrr!! Mujur juga Razak Latif,abe photographer yang sentiasa sudi melayan ragam kite orang.
Sunset Volleyball Game - tumpang seronok walaupun sis tak berkemampuan nak join. Hahhaa... takut diserang 'semput'.
Aktiviti sebelah malam sebelum memasing balik bilik iaitu Vision Board Activity. Nampak tak betapa khusyuknya grup sis menyiapkan vision board memasing.
Okay, dah siap pun.... vision board untuk 10 tahun akan datang. Semoga apa yang tertera tu dapat dipenuhi -"what we think is what we get."
Sis dan Kolin, bersama Vision Board kita orang yang tak kurang hebatnya tu. Hahhaa..hahahha....

 HARI KEDUA


Awal pagi dah bangun dengan penuh semangat tau. Aktiviti hari kedua nie dah tentulah lebih menyeronokkan. Ada Beach Bootcamp Exercise, Fresh Up, Meal Prepping to Heathy Eating, Mental Health Issues Among Young Women with Dr Sivakumar Kumaresan, Aromatherapy Benefits of Mental and Spiritual Health with Avi Spa, Nature's Walk dan diakhiri pada sebelah malamnya dengan  menikmati BBQ Dinner, The Verte.

Aktiviti pagi bersama Mrs Cruz dan Dr Siva betul-betul buat...  segar mata, segar tubuh dan segar minda!
Suasana di tepi pantai Avillion Port Dickson yang cukup mendamaikan
Gambar abe photographer,  Razak Latif, asal guna drone memang kami sukeee!!! 
Bersenam bersama kengkawan menambah keseronokan... lagi rasa bersemangat untuk memecah segala lemak yang ada.
Kami seronok tak terkata!! So korang layanlah gambar-gambar kita orang tu yeeeee!






Love this moment!!
Meal Prepping to Heathy Eating bersama Mrs.Cruz. Banyak ilmu yang kami dapat, antaranya gaya serta amalan pemakanan yang sihat dan betul.
Lepas dah dengar tips sihat tu, kami diminta untuk membuat 'Poke Bowl'. So bermulalah cabaran menu sihat...
Okay, dah siap 'Poke Bowl' yang cukup enak dan penuh khasiat. Lepas nie kami semua hidup lebih sihat dengan pemakanan yang betul. Gitewww....
Para juri sedang menikmati hidangan 'Poke Bowl' tersebut. Okay, walaupun tak menang tapi kami enjoy!!!
Mental Health Issues Among Young Women with Dr Sivakumar Kumaresan. Sesi ini cukup bermanfaat,ternyata gaya hidup memainkan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita juga perlu tahu cara yang betul untuk menangani stress.
Masing-masing ada cerita tersendiri. Dugaan dan bahagia silih berganti. Apa yang pasti, kesan stress jika tidak dikawal dengan baik boleh mengundang masalah mental dan fizikal.Sokongan daripada orang-orang di sekeliling juga penting.
 Aromatherapy Benefits of Mental and Spiritual Health with Avi Spa, antara aktiviti yang cukup menyeronokkan...
"Me Time" giteww..
Betapa pentingnya momma-momma memanjakan tubuh di spa. Kecantikan dan kesihatan tubuh terjaga.
Aktiviti Nature's Walk di sekitar Avillion Port Dickson
Terpesona dengan kecantikan si Burung Merak
Cantik sungguh si Burung Merak!
Aktiviti penutup hari kedua. BBQ Dinner at The Verte 
Makan sampai kenyang sambil berpesta!! 
Kita kena banyak makan sayur... amalkan pemakanan sihat untuk kesihatan tubuh dan kulit yang cantik. Ecehh...
Ouhh... satay ada!! Fav tuuuu!!
Lepas makan... balik dan tidur! Hahahhaa...
Sebelum balik bilik, ok nie pesta muda-mudi! Hahaha...ada sesi karaoke. Whoa tak sangka betul, ramai betul rakan-rakan media/blogger yang punya suara mantap. Cayalah!!

HARI KETIGA (TERAKHIR)
Macam tak percaya jer, ehh...Healthy Beauty Media Retreat 2019 Bersama Guardian Malaysia dah pun nak berakhir. Ada lah masa untuk kita orang berseronok-ronok di dalam bilik yang cantik sebelum berkemas-kemas untuk pulang dan mengikuti acara terakhir.

Acara yang cukup menyeronokkan sekali! Mana taknya, masing-masing rancak menyelesaikan task yang diberikan bagi mendapatkan produk skincare dan mekap secara percuma di 8 booth yang terlibat. Mahu tak seronok!!

Masing-masing tak pandang kiri kanan, sibuk menyelesaikan task yang diberikan.
Produk Palmer's memang bagus. Lagi-lagi kalau ada masalah kulit, tumit kaki pecah-pecah, stretchmarks, nak hilangkan parut atau tona kulit tak sekata.
Catrice, brand dari Jerman. Sis dah berkenalan dengan produk mekap nie last year, agak lengkap juga ada primer, foundation, concealer, highlighter, blusher, eyeshadow,bronzer dan  lipstik. 
Yeayyyy!!! Masing-masing gembira kot dapat produk Catrice nih
Korang dah try ke Bio Essence Gold Water? Pelembab wajah yang mengandungi emas asli 24 karat. Kandungan emas asli itu dikatakan mampu meremajakan kulit serta menghindari tanda-tanda penuaan semulajadi pada kulit.
Best juga brand Lakme nie. Yang suka bermekap memang ok sangat kalau korang nak bereksprimen. Sis paling suka dengan lipstiknya. Ada banyak warna yang cantik!!
Aprilskin, antara brand Korea yang menjadi fav Sis. Suka dengan BB Cushion-nya,Calendula Peel Off Mask dan Aprilskin Real Calendula Peeling Pad.
Face Republic, produk penjagaan wajah dari Korea.Sis paling suka Face Republic Sleeping Beauty Face Mask. Sebelum tidur, try pakai... besok pagi bangun kulit muka rasa fresh semacam.
Kalau rasa berat badan tak ideal, nak diet... jomlah kita sama-sama diet dengan Blackmores Isowhey
Produk penjagaan badan dan rambut Nurigins. Sis baru jer berkenalan, tapi tengok review yang ada, produk yang bagus.
Jom serlahkan kecantikan rambut dengan produk penjagaan rambut Herbal Essences dan Pantene 
Wajah riang kami yang tak terkata! TQVM Guardian!!
Acara penutup, sepatah dua kata daripada Mrs Jenny dan turut dimeriahkan dengan gelagat emcee kita ler, siapa lagi kalau bukan Mr. Ramzan 
Ohoooo.... terkejut beruklah sis sebab menang jugak lucky draw!!
Alhamdulillah... rezeki dapat baucer Guardian. So, bolehlah shopping!! Tq Guardian!!
Okay, sebelum berpisah... kita abadikan kenangan dulu. Ala family potrait giteww laa...
Segala kenangan selama 3 hari 2 malam ini akan terus kekal tersimpan di dalam lipatan kenangan.Best sangat-sangat, semoga dapat bertemu lagi korang semua nie.Terima kasih Guardian Malaysia untuk memori yang sangat manis!

Sampai jumpa lagi.


Lurve,
Sis Anie Mohamed