Sebenarnya sis baru sahaja berkenalan dengan Korean Beauty brand yang satu nie. Tapi, sebelum ini sis memang pernah dengar Holika Holika, skincare yang ingredients-nya ada Aloe Vera tu bagus sangat.

Sis sememangnya peminat tegar produk-produk yang mengandungi Aloe Vera nih tau... 
Kebetulan pula, sis memang suka dengan produk-produk yang mengandungi Aloe Vera nih. So, bila dapat produk tu, ‘Aloe Soothing Essence Skin Care Special Kit’, happy sangatlah. Lagipun packaging-nya comel, senang nak bawak pergi travel atau balik kampung.

Praktikal kalau nak bawa ke mana-mana sebab bekasnya comel-comel jer. Senang nak sumbat dalam beg!
Salah satu produk skincare daripada Holika Holika yang mendapat sambutan
Ada pelbagai warna menarik lip balm-nya. Tergugat juga jiwa raga menengoknya...


Produk Holika Holika ini bukan tertumpu pada skincare jer tau, mekap-mekap pun ada. Baru-baru nie juga sis telah diundang ke majlis pelancaran Holika Holika bersama Guardian Malaysia, yang mana ia turut memperkenalkan pemenang “The Face of Holika Holika” . Ujibakat terbuka telah diadakan pada bulan Ogos lalu, di Luxor Tech Centre, Luxor YRM HQ.
Cantik & Bijak. Afeefa, pemenang “The Face of Holika Holika”
Objektif utama pencarian ini adalah untuk memilih spokesperson yang memiliki kriteria-kriteria yang diingiji oleh Holika Holika, sekaligus meningkatkan daya keyakinan seseorang dari dalam dan juga luar. Tahniah buat si cantik, Afeefa yang telah dinobatkan sebagai pemenangnya.

Eyeshadow-nya  menampilkan pelbagai warna yang memikat... berkenan habis sis!
Kat sini sis nak bagi tau juga, brand Holika Holika merupakan salah satu daripada 10 jenama kecantikan yang terkenal di Korea. Brand ini mengabungkan warna-warna yang luar biasa, glitter, tekstur dan long lasting gitewww..

Yang nie fav sis, Holika Holika X Peko Water Drop Tint Bomb - Caramel Water. Tidak melekit, sebaliknya memberikan kesan lembab dan dingin kat bibir.
Tiga variasi Holika Holika Sheet Mask yang sis dah cuba. Aduhai… best sangat kulit jadi lebih cerah, anjal dan lembut.
WAJIB PAKAI 3 PRODUK NIE!
 Lepas cuci muka dengan cleaser, sis akan pakai Holika Holika Aloe Calming.
Lepas tu pakai Holika Holika Aloe Calming Emulsion. Rasa lembab dan ringan jer muka.
Kemudian, Sis calit pula kat muka Holika Holika Aloe Calming Moist Cream. Serius best sangat muka!
Holika Holika Aloe Soothing Essence 80% Hydrogel Eye Patch. Nie lagi satu produk yang buat Sis jatuh cinta teruk! Bagus untuk menjaga kelembaban di bawah mata, mengurangkan lingkaran hitam akibat selalu tak cukup tidur. Terbaek dan jangan lupa letak dalam peti sejuk sebelum digunakan. Lagi rasa fresh!

Okaylah, nak panjang kot sis pot pet pot pet. Sis rasa korang patut cuba produk nie dan sis dah share result yang sis rasakan selepas menggunakan beberapa produk daripada Holika Holika. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sekian sahaja. Jumpa lagi!

Lurve,
Sis Anie Mohamed