Nasi goreng tetap menjadi pilihan ramai. Tak kiralah untuk sarapan pagi, mahupun hidangan di petang atau malam hari. Nasi goreng turut menjadi pilihan momma-momma yang selalu sibuk atau rasa malas nak masak! Hahaa… hahaha… 


Ada macam-macam jenis nasi goreng dan yang pastinya sedap. Apatah lagi kalau dah disumbat dengan pelbagai bahan atau rencah tambahan.Kombinasi tersebut bakal membuatkan nasi goreng kita automatik sedap!

Nie sis nak share Resepi Nasi Goreng Cili Padi .Kalau tak nak pedas berdesing, kurangkanlah cili padi tu ok. Kang bubuh banyak-banyak melahar pulak mulut dan tercirit birit pulak nanti. Perut pun jadi kepanasan, dah satu hal pulak ya.
Dea Marissa pun sibuk juga tu, tak berhenti-henti cakap kenapa mesti letak cili nanti pedas.
 Namapun Nasi Goreng Cili Padi, kenalah ada kan...
Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 cawan nasi putih

2 sudu besar minyak masak

1 biji telur ayam

sedikit isi ayam dicincang halus (digoreng separuh masak –sisihkan)

sedikit kicap manis

sedikit garam



Bahan untuk ditumbuk:

4 tangkai cili padi (boleh lebih atau kurangkan kuantitinya. Ikut suka koranglah)

1 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah (kecil)

sedikit halia

sedikit ikan bilis (digoreng seketika sebelum ditumbuk)


Bahan untuk hiasan:

1 tangkai cili padi (dihiris halus - nak bubuh atau tak, suka hati korang ok)

sedikit daun bawang (dihiris halus - nie pun sama, tak nak abaikan jer)


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak

2. Kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi (cili padi, bawang putih, bawang merah, halia dan ikan bilis ) sehingga wangi dan berwarna perang keemasan.

3. Lepas tu masukkan potongan isi ayam tadi ke dalamnya, masak sehingga matang.

4. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit air.

5. Perasakan dengan garam dan kicap.

6. Kemudian pecahkan telur, kacau-kacau dan masukkanlah nasi serta gaul sampai sebati dan masak.


7. Sebelum tutup api, tambahkan bahan hiasan, daun bawang dan juga cili padi potong.

8. Okay, siap dan sedia dihidangkan.

Okay, selamat mencuba tau. Sis sebenarnya teringin nak buat video step by step untuk resepi-resepi yang Sis kongsikan nie. Tapi, aduhai masih tak berkesempatan lagi. Doakan tau, semoga Sis diberikan kekuatan untuk menjayakan projek ini. Hahaaa….

Sekian, sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed