Tak sangka impian nak anjurkan Beauty Workshop bersama Mua Tya Amir nie tercapai. Mungkin namanya tidak se-gah make up artis professional selebriti tanah air lain, namun melihatkan kesungguhannya untuk membantu kaum wanita agar bangkit menjaga penampilan diri tanpa mengira usia membuatkan hati terpanggil untuk menjalinkan kolaborasi ini.


Ternyata penghujung tahun 2019 lalu telah meninggalkan satu kenangan manis buat sis dan juga para peserta yang menyertai Beauty Workshop – ‘Calit-Calit Cantik’ Bersama Mua Tya Amir, anjuran Dea Marissa Resources (DMR).

Barangan tajaan penaja yang dibawa pulang oleh setiap peserta. Terima kasih Catrice Malaysia (penaja utama), serta  Lelab Routine, Plain Beauty dan juga Papillion (penaja bersama)
Apa yang menarik, Bengkel Solekan ‘Calit-Calit Cantik’ ini mendapat tajaan daripada produk kosmetik Catrice Malaysia (penaja utama) dan Lelab Routine, Plain Beauty dan juga Papillion, selaku penaja bersama.

Belajar mengenali jenis berus,kegunaannya serta cara untuk membersihkannya dengan betul.

Product Knowledge
Kesemua peserta mostly-nya memang zero knowledge. Jadi, untuk sesi pertama yang dibawakan oleh Mua Tya ini memang sangat bermanfaat.
Mua Tya berkongsi secara terperinci dengan para peserta, tentang cara penjagaan wajah yang betul serta pemilihan produk yang tepat dengan usia seseorang. Yang bestnya Mua Tya turut bercerita tentang produk-produk skincare dan juga kosmetik yang dia beli, dia guna dan kenapa dia memilih produk tersebut.

Setiap orang harus tahu cara merawat wajah dengan betul
Bahkan, produk-produk tersebut telah dicuba dan direview. So, dia tahulah mana yang bagus dan tak. Semua itu turut dikongsikan di dalam bengkel ini. Mua Tya juga siap bagi tahu macam mana nak pilih foundation yang sesuai dengan tona kulit kita, cerah, sawo matang ataupun gelap serta jenis-jenis foundation yang ada serta bagus digunakan.





Para peserta juga turut dibekalkan nota ringkas berkenaan rutin penjagaan wajah yang betul dan bagaimana menjaga kebersihan produk-produk tersebut selepas digunakan. Serius memang berbaloi kalau korang join Beauty Workshop – ‘Calit-Calit Cantik’ bersama Mua Tya Amir nih. Dia langsung tak lokek untuk berkongsi ilmu dan masa terasa begitu cepat berlalu.


Wajah model sebelum dan selepas disolek oleh Mua Tya Amir.
Sesi demo solekan. Wajah Aishah, model yang dibawakan dari Sungai Petani sedang disolek
sambil diberikan penerangan oleh Mua Tya

Sesi Demo Solekan
Sewaktu sesi demo berlangsung masing-masing memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang Mua Tya cuba sampaikan. Ini adalah kerana selepas selesai demo solekan tersebut, kesemua peserta akan menghasilkan solekan di muka sendiri berpandukan teknik solekan yang telah diajar oleh Mua Tya tadi.

Lepas selesai sesi demo, terus sambung sesi hands on/praktikal di mana. Tapi aktiviti berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat zuhur.

Para peserta cuba mempraktikan teknik solekan sepertima yang diajar oleh Mua Tya Amir
Tahniah keraa bersemangat untuk meningkatkan kemahiran diri
Sewaktu sesi hands on/praktikal dijalankan, kesemua peserta diminta menghasilkan solekan di muka sendiri bersandarkan teknik solekan yang telah diajar oleh Mua Tya.Masing-masing tak mahu kalah. Hampir dua jam mereka bertungkus lumus ‘mencalit wajah’ dengan mempraktikan apa yang telah diajar oleh Mua Tya. Apa yang best, Mua Tya turut bagi tunjuk ajar secara one to one kepada peserta. Langsung tak lokek nak kongsi ilmu teknik solekannya.

Wajah Puan Rubaiya sebelum dan selepas
Wajah Puan Norsiah sebelum dan selepas
Wajah Alia sebelum dan selepas
Wajah Fatin sebelum dan selepas
Wajah Ila sebelum dan selepas
Wajah Puan Wani sebelum dan selepas
Wajah Puan Wan Ummi sebelum dan selepas
Wajah Noli sebelum dan selepas
Wajah Sarah Aiesyah sebelum dan selepas
Perubahan wajah, sebelum dan selepas mekap begitu ketara sekali. Nampak cukup menyerlah walaupun wajah mereka dicalit sendiri. Terbukti, apa yang mereka pelajari dan disampaikan oleh Mua Tya itu amat mudah untuk mereka fahami.

Hasil solekan yang kemas - Ila menerima hadiah istimewa daripada Mua Tya Amir 
Sarah Aiesyah  juga menerima hadiah istimewa daripada Mua Tya kerana menghasilkan solekan yang kemas
Hadiah Istimewa & Sijil Penyertaan
Lepas dah siap mekap, sesi bergambar/berselfi lah pulak kan. Setelah itu barulah diadakan acara penyampian sijil. Memang meriah dan semua peserta cakap, best sangat. Yang buat kami terharu, ada empat peserta tu datang dari Melaka. Demi minat mereka sanggup datang! Terima kasih!

Kesemua peserta diberikan sijil kemahiran setelah menyertai bengkel 'Calit-Calit Cantik'



Sebelum majlis berakhir, Mua Tya siap beri hadiah special kepada dua orang peserta yang berjaya menghasilkan solekan yang cukup kemas. Acara berakhir dengan penyampian sijil kemahiran daripada Dea Marissa Resources (DMR) kepada kesemua peserta yang terlibat dalam Bengkel Solekan ‘Calit-Calit Cantik’ ini.

Peserta dari Melaka bergambar kenangan dengan Mua Tya
Semua sangat terkesan… Lepas kelas, memang ramai yang shopping beli barangan penjagaan wajah dan juga kelengkapan mekap. Kena hari-hari praktis bagi mendapatkan hasil yang setanding dengan mekap-mekap artis professional. 


Produk-produk Catrice boleh di dapati di Guardian
Best tau Le.Lab  Routine Charcoal Clay Mask ini
Daily Deep Cleanser dari Le.Lab pun ok juga. Kena cuba tau!
Kena cuba! Reshing Face Mist daripada Plain Beauty
serta  Mist for Hair  & Hijab daripada Plain Beauty X Papillion 







BERITA BAIK! Tahun 2020


Untuk tahun 2020, Dea Marissa Resource (DMR) bersama Mua Tya Amir akan adakan lagi bengkel 'Calit-Calit Cantik' di merata negeri, sekiranya ada permintaan. Oh ya, untuk kumpulan kecil (small group make up class)pun ada buat. Masa ikut kelapangan korang, nak hari weekend ataupun hari biasa. Janji, cukup enam orang sahaja. Special, sebab Mua Tya akan tengok korang make up one to one tau selepas dia ajar korang teknik mekap yang betul supaya hasil solekan tersebut tak bercapuk, tahan lama dan sebagainya.

Kalau berminat, nanti roger-roger atau DM tau. Semoga bengkel ‘Calit-Calit Cantik’ ini akan membantu korang yang berminat untuk tampil dengan kulit wajah yang bersih, semulajadi dan lebih berseri-seri.

Adik-adik, kakak-kakak yang nak jana pendapatan dengan hasil solekan pun, sis galakan sangat untuk join. At least, kalau ada event ke apa, bolehlah korang ambik upah. Tak pun, untuk keperluan diri korang juga menambah satu lagi kemahiran. Tak payah nak pening-pening kepala bila ada majlis kenduri-kendara ke apa, dah pandai mekap sendiri!






Alrite... sampai jumpa lagi dan jangan ragu-ragu untuk buat sesuatu yang korang rasa mampu memajukan diri korang sendiri!

Lurve,
Sis Anie Mohamed