Pantas sekali waktu berlalu. Hari ini kita dahpun sampai ke tahun 2020. Selamat datang tahun baru, selamat tinggal 2019!

Terlalu banyak cerita mahupun pengalaman yang ditinggalkan. Ada manis, pahit dan tak kurang juga yang masam dan kelat! Apapun, jalan ceritanya semua itu adalah sebahagian dari perjalanan hidup kita di bumi Allah ini. Sewajarnya kita bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk mengecapi nikmat hidup ini bersama orang-orang yang kita sayangi.

Untuk tahun 2020 ini, apa azam korang? Setiap tahun, azam sis simple-simple sahaja sebab setiap perkara yang kecil pun tetap boleh membuatkan hidup ini menjadi lebih bermakna dan kaya. Janji, hati kena selalu diajar untuk lebih rasa bersyukur dan tidak membandingkan kelebihan ataupun kemewahan orang lain yang tidak dimiliki.

Untuk tahun 2020 ini, sis adalah jugak buat beberapa resolusi atau azam. Tak adalah ‘gah’ manapun hihihi… check it out!

1. Nak Lebih Menikmati Hidup
Tahun 2019, penuh cabaran dan tak nafikan, banyak buat sis rasa stress. Harap-harap tahun 2020 ini akan lebih menikmati hidup, ada “me time”. Biarlah tahun ini sis dapat lepas daripada segala kerisauan tentang soal kerja, soal duit serta masalah-masalah peribadi yang lain.

2. Ada Banyak Waktu Dengan Family
Tahun 2020, permulaan baru untuk sis sebab dua anak bujang Sis sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan kini saling berjauhan.

Akan lebih terasa kehilangan, semua itu juga mengajar sis erti sebuah kerinduan seorang ibu terhadap anak-anaknya.Untuk tahun baru ini, sis juga berharap agar diberikan lebih banyak kesempatan untuk bersama/menjaga ibu sis.



3. Lebih Fit & Rajin Workout
Tahun lepas, alahai… memang tak berapa sangat dapat bersenam ataupun workout. Akibatnya, bukan jer berat badan sis nih naik, tapi perut pun jugak naik!! Ayooo… part tu lah yang tak boleh diterima akal hahaha….

Sis nie memang alergik bab perut naik… rasa tak selesa giler. So, untuk tahun 2020 memang nak turunkan sikit berat badan serta pecahkan segala lemak yang kian membukit kat perut nih.
Pagi-pagi nekad nak bersenam untuk keluarkan peluh. Senaman ringkas atas katil yang simple tu paling sis suka.

Ingat, petang-petang lepas asar nak jogging dengan Dea Marissa kat taman ke… kat tasik ke… Tapi, ntahlah. Kalau dulu, belah malam rajin pergi gym kat clubhouse. Tapi ntah rasa malas la pulak sejak-sejak pakcik kita tu sibuk dengan kerja dan jarang balik awal.

4. Pilih Makanan Sihat
Harap-harap tahun ini sis akan lebih menitikberatkan soal pemakanan sihat. Tahun-tahun sebelum ini sis memang jenis yang suka makan ‘junk food’ dan sering makan lewat malam (terjebak dengan pakcik).

Lepas dah kenyang, tak lama tu teruslah ‘membongkang’ hahahha… Adoii… macam manalah perut nie tak menimbun lemaknya kan. Makanan yang sihat akan memberikan efek positif pada badan kita. Sayangi tubuh badan kita untuk mencegah segala macam jenis penyakit. Dah tua-tua gini wajib amalkan gaya hidup sihat.

5. Menabung
Tahun 2020, harap-harap rezeki sis sekeluarga lebih mencurah-curah (tolong doakan ya) dan bertambah berkat. Semua rezeki milik Allah dan Dia lah yang tentukan segala-galanya. Lagipun rezeki kita dapat tidak semestinya dari segi wang ringgit, memiliki keluarga yang bahagia tu pun salah satu daripada rezeki.

Cuma tahun baru nie ingat nak aktif ‘main kutu’ macam dulu-dulu. Setiapkali ‘main kutu’, ramai yang berharap untuk dapat cepat-cepat. Tapi sis sebaliknya pula. Sis memilih untuk menjadi penerima kutu yang terakhir. Cara begitu buat sis rasa puas dan tak rasa tertekan bila membayar setiap bulan sedangkan duit yang dapat tu mungkin dah habis! Hahhahaa…

Tak pun ambik sikit aura pakcik yang suka menabung duit syiling. Pantang nampak duit syiling bersepah-sepah, pasti dikutipnya dan dimasukkan dalam tabung. Nampak macam tak ada 'function', tapi trik dia menabung nie sebenarnya boleh diguna pakai. Boleh tahan jugaklah bila tiba saatnya dia memecah tabung tu.. (jangan pandang sebelah mata!!! ) Huhuu...

6.Pelajari Perkara-Perkara Baru
Tak ada istilah kata terlambat untu belajar. Sekalipun usia kita sudah menginjak tua. Biarpun mungkin kemampuan otak semakin berkurangan, tapi bagi sis semua itu bukan halangan. Janji, kita ada semangat dan fokus!

Tahun 2020, bagi sis adalah tahun untuk sis belajar sesuatu yang baru. Langkah pertama yang sis buat adalah dengan memasuki beberapa kelas fotografi. Yang kedua pula, nak belajar mekap dengan Mua Tya Amir, memandangkan insya-Allah untuk tahun 2020 ini kami akan bekerjasama lagi untuk beberapa projek Bengkel Solekan ‘Calit-Calit Cantik’.

So, pihak penganjur pun kenalah tahu juga bab-bab penjagaan diri serta solekan wajah nie dan sis happy sangat sebab dah lama menanam impian untuk mempelajari teknik-teknik solekan ini. Hoohoo... tak sangka segala impian itu bakal terlaksana. Insya-Allah.

Antara projek DMR-CSR di Eco Free Market Shah Alam yang mendapat tajaan utama
daripada penaja QSR Trading Sdn Bhd - Ayamas
Projek DMR-CSR #darihati123mamanet 'Ziarah Ramadan bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 15, Shah Alam menjengah kelima buah rumah orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sekitar Kg.Sg Kandis, Seksyen 36 Shah Alam
7. Buat Kerja-Kerja Amal
Harap-harap untuk tahun 2020, projek CSR-DMR #darihati123mamanet akan kembali aktif.
Rindu rasanya nak join kerja-kerja amal kerana ia akan membuatkan sis rasa lebih bersyukur dan ingin membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Insya-Allah… nak plan baik-baik untuk tahun 2020. Kalau boleh setiapkali ada ruang, sis nak join Eco Free Market Shah Alam ataupun buat projek DMR-CSR Ziarah Ramadan.

Okaylah itulah antara resolusi sis untuk tahun 2020 ini. Semua energi positif ini akan menyemarakkan lagi keseimbangan hidup sis untuk terus menebar kebaikan!
Sekian dulu.

Selamat Tahun Baru dan mari kita lupakan apa yang menyedihkan di tahun 2019, kita bangkit dengan azam dan semangat baru!

Lurve,
Sis Anie Mohamed