Mak bapak manalah yang senang hati apabila anak kesayangannya jatuh sakit. Segala kerja yang dibuat boleh jadi hilang fokus hanya disebabkan terlalu memikirkan kesihatan si anak!

Lagi-lagi dengan penularan wabak influenza. Kalau anak kurang sihat, eloklah kita ambil pendekatan untuk tidak menghantarnya ke sekolah. Janganlah kita ambil mudah, tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima oleh kawan-kawan sekolah anak kita itu nanti.

Takut Berjangkit
Dea Marissa nie kalau sis tengok hingus meleleh, alamatlah cuti sekolah.Tak naklah nanti disebabkan Dea Marissa yang selesema, habis berjangkit dengan kawan-kawan lain.

Nampak jer Dea Marissa macam tak sihat, memang langsung-langsung la tak pergi sekolah
Lagipun sekolah merupakan tempat ideal untuk penularan penyakit pada kanak-kanak. Influenza, demam campak,demam berdarah dan lain-lain penyakit.Jangan dibuat pasal kerana bila salah seorang daripada kanak-kanak itu mengidap penyakit tersebut, tidak mustahil yang lain akan terkena juga.

So, sebelum sesuatu yang buruk terjadi, adalah lebih baik kita mencegahnya. Lebih baik kita semua ambil peduli dan menitikberatkan soal penjagaan serta kebersihan diri.


Gambar sekadar hiasan

Penyakit Boleh Ditularkan Melalui:
· Batuk, bersin dan hingus yang dibawa oleh udara.

· Makanan dan minuman yang telah tercemar kuman penyakit.

· Binatang yang berkeliaran di persekitaran sekolah.

· Bersentuhan dengan pengidap.

Cara Supaya Tidak Tertular:
· Menjaga kebersihan dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih yang mengalir.

· Pengambilan makanan dan minuman yang dimasak dengan betul, bersih serta mengandungi zat-zat seimbang.

· Elakan pengambilan sembarangan jajan ataupun junk food.

· Perbanyakkan minum air masak.

· Pastikan juga kanak-kanan tidak terdedah dalam persekitaran yang berbahaya, seperti bebas kumas, asap rokok dan pencemaran udara.

· Lengkapkan imunisasi supaya anak-anak terhindari daripada penyakit-penyakit berbahaya yang menular.

Selain di sekolah, kat rumah pun kita perlu tingkatkan kebersihan.Kebersihan tubuh badan, pakaian, makanan atau minuman serta persekitaran anak pun perlu kita berikan perhatian.Kerana kuman atau bakteria nie ada di mana-mana dan tidak memilih siapa gerangannya.

Elok kalau kita mandikannya dua atau tiga kali sehari serta tukar sekali bajunya, paling kurang dua helai sehari. Biar penampilan anak kita sentiasa bersih dan sedap di pandang mata.

Pastikan juga anak-anak kita mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan. Pastikan kita juga menerapkan amalan menjaga kesihatan kepada anak-anak kita.



Gambar sekadar hiasan

Itulah beberapa cara atau tips untuk mencegah anak-anak kita daripada mudah jatuh sakit di sekolah. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua.

Jaga diri dan sayangi keluarga kita!

Lurve,
Sis Anie Mohamed