Ramai yang sanggup menahan lapar atau ‘mengikat perut’ semata-mata nak dapatkan bentuk badan yang cantik dan menarik. Tapi, sis tak sangguplah nak membahayakan kesihatan badan sendiri!


Kalau dah diserang pelbagai penyakit nanti, kan lagi susah. Hilang terus segala nikmat nak cantik, nak lawa tu. Lagi haru! Dan sebab itulah walaupun kita nak mempunyai bentuk badan yang ideal, sekalipun macam supermodel kita kena amalkan gaya hidup sihat.




Caranya mudah jer, kita kena atur pola pemakanan serta rajin bersenam. Kalau nak dapat result yang bagus, semua tu perlu dilakukan dengan konsistan.Tak boleh tenggelam timbul atau ikut sesedap rasa. Time rajin, buat dan bila malas lantaklah!

Kalau begitulah caranya, memang sia-sia sahajalah usaha ini. Silap hari bulan, berat badan tak juga turun. Sebaliknya lemak yang semakin melimpah ruah! Hahahha… hahhaa…

Apapun jom cuba beberapa tips atau cara mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal tanpa perlu mengikat perut. Sungguhpun begitu, kita tetap perlu memastikan:-

* Keperluan zat atau nutrisi yang seimbang dalam badan kita. Pastikan tubuh mendapat karbohidrat, protein dan lemak secukupnya. 

* Kurangkan portion makanan dan kombinasikan menu dengan keperluan nutrisi.


FOLLOW RUTIN HARIAN KAT BAWAH NIE:





Jam 6.30 pagi  

Bangun tidur. Sebaik bangun dari tidur, lakukan sedikit regangan badan. Cara ini akan membuatkan tubuh kita menjadi lebih relaks.Secara tak langsung ia akan mengembalikan posisi saluran penghadaman kita.

Lakukan regangan yang sederhana dan ringkas. Misalnya, rapatkan kedua-dua lutut ke perut dan dakap untuk beberapa saat.





Jam 7.00 pagi

Sebaik jer bangun tidur, jangan lupa minum segelas air kosong kerana elok untuk melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, pastikan tubuh mendapat bekalan air yang secukupnya iaitu lapan gelas setiap hari.





Jam 8.00 pagi 

Siapa cakap sarapan boleh membuatkan badan kita menjadi gemuk? Padahal pengambilan sarapan pagi boleh membantu mengawal nafsu makan supaya tak jadi cepat berasa lapar.

Sarapan yang baik adalah sarapan yang mengambil 25 % daripada portion makanan kita setiap hari. Menu dalam setiap sarapan juga perlu seimbang antara protein dan karbohidrat supaya badan kita tak jadi cepat letih atau mengantuk ketika beraktiviti.




Jam 10.00 pagi 

Minum pagi.Menu minum pagi haruslah tidak berat dan tidak boleh lebih 10 % daripada keseluruhan diet setiap hari. Seeloknya makan sesuatu yang berasaskan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang sangat baik untuk penghadaman.




Jam 12.00 tengahari

Makan tengahari. Portion makan tengahari adalah yang paling besar, iaitu sekitar 35 – 45 % daripada keseluruhan diet sehari.

Menu yang disarankan adalah yang lengkap nutrisi seperti nasi, ayam/ daging, tauhu/ tempe dan sayur. Kalau boleh, lebihkan sayur dan buah yang kaya dengan serat. Kurangkan makanan berminyak, berlemak atau bersantan kerana kolesterolnya yang tinggi.




Jam 2.00 petang 


Kudapan Petang.Untuk kekal segar dan merangsang otak agar sentiasa cerdas, makan sedikit kudapan seperti kacang almond atau buah-buahan.

Makan buah seperti epal yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang menjaga bentuk tubuh agar kekal ideal. Elakkan makan makanan yang bergoreng walaupun sedap!! Hahaha…




Jam 4.00 petang 

Minum  petang. Untuk mengelak lapar pada waktu petang, semangkuk sup sudah mencukupi untuk alas perut. Kandungan sup yang berasaskan air akan memudahkan proses penghadaman.

Korang juga boleh makan creamy soup, asalkan bukan instant soup kerana kandungan garam yang terlalu banyak.




Jam 6.30 petang

Makan makan.Untuk menjaga badan agar kekal ideal, pastikan korang makan malam sebelum pukul 7 malam. Portion yang diperlukan adalah sekitar 20 – 25 % daripada keseluruhan diet sehari. Menu yang disarankan adalah nasi, ikan rebus dan sayur.

Hindari makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi seperti burger, makanan ringan, atau seafood. Nak dapatkan bentuk badan yang menarik ataupun ideal kenalah kawal nafsu makan tu sikit.




Jam 9.00 malam 

Sebelum tidur. Segelas air kosong atau teh herba sudah mencukupi sebagai hidangan sebelum tidur. Ia akan merangsang sistem penghadaman agar terus bekerja sepanjang malam selain membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi hari.

Bagi korang yang mengalami masalah perut kembung, jadikan ini sebagai rutin setiap hari untuk memastikan penghadaman sentiasa lancar di samping membuang angin yang mendap di dalam badan.

Itulah beberapa tips atau cara mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal yang boleh dipraktikan. Semoga bermanfaat!


Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed



Foto: Sumber Internet