Suka tengok set hidangan bekal/bento. Comel-comel belaka. Syok juga kan kalau dapat bereksperimen dengan anak-anak. Tentu mereka suka dan rasa happy. Tapi untuk membuat bento  yang menarik dan unik nie bukan setakat perlukan kreativiti. Bahkan juga kesabaran.


Bagi sis la kan, nampak mudah tapi tetap mengambil masa dan agak renyah untuk disediakan. Teringin nak buat untuk Dea Marissa, tapi sampai sekarang masih belum terlaksana hahhaa…




Fenomena Bento

Korang tahu tak budaya bento ni berasal dari mana? Jepun, yup betul! Kebiasaan masyarakat di sana membawa onigiri atau rice ball untuk dijadikan bekal ketika mereka pergi memburu, berjalan-jalan dan sebagainya. Biasalah… perubahan zaman, kan… yang mana ramai orang mula membawa bento ke tempat kerja ataupun pejabat.

Fenomena bento turut menular di kalangan masyarakat kita. Dah lama dah… kalau tak silap sis sekitar tahun 2016 lagi. Macam-macam kempen Bento Kids dibuat untuk memupuk kreativiti dan juga tabiat pemakanan sihat, khususnya di kalangan kanak-kanak.





Kebaikan Membawa Bento

Actually, banyak kebaikan atau manfaat yang diperoleh daripada membawa Bento ke sekolah. Dan sis pun dah ‘pasang niat’ untuk menyediakan Bento buat Dea Marissa ke sekolah sebab sebagai ibu ini adalah satu tindakan yang bijak. Selain dapat menjamin tahap kebersihan, kita juga dapat lebih yakin tentang kandungan nutrisi makanan tersebut.

Lagipun membiasakan anak-anak kita sejak kecil lagi untuk menikmati makanan yang sihat dan dibuat sendiri oleh kita dirumah sudah pasti bebas daripada bahan-bahan kimia atau bahan pengawet pastinya akan mendidik anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Membawa bento yang disediakan dari rumah juga boleh meningkatkan selera makan anak. Sebagai ibu, kita boleh menyesuaikan menu kesukaan anak-anak bagi membangkitkan seleranya.

Berikut beberapa ide menyediakan Bento yang boleh dipilih:


Nasi dan sayuran digubah dengan cukup menarik
Roti, sayuran, telur, biskut dan keju
Roti, sayuran,  buah-buahan, biksut dan keju
Roti, buah-buahan dan sayur-sayuran 
Buah-buahan, sayuran dan pasta


Bagi yang seangkatan dengan Sis, yang belum pernah menyediakan bento unik untuk buah hati tersayang, sama-samalah kita mencuba ya.Curahkan segala kreativiti yang ada... gitewww...


Okay sampai jumpa lagi. Tata.

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Foto: Sumber Internet