Tentu ramai yang suka minum kopi. Bukan setakat enak dinikmati dan juga menjadi penawar rasa mengantuk. Malahan, hampas kopi banyak sekali manfaatnya termasuklah menjadi petua halau semut!




1. Halau Semut
Korang tahu tak, yang hampas kopi nie boleh kita gunakan untuk menghalau semut. Sis dah cuba tahu, dan menjadilah. Ternyata semut tidak suka dengan bau kopi.

Daripada kita gunakan bahan-bahan kimia untuk menghalau semut, ada baiknya cuba letakkan hampas kopi di sekitar makanan atau tempat yang semut suka datang. Insya-Allah, dengan kekuatan bau kopi ini semut tu pasti tak akan datang ke situ lagi. Wahh… giteww!!




2. Menghilangkan Bau Yang Tak Sedap
Kalau korang ada masalah kaki berbau, elok sangat cuba tips nie. Bukan nak kata apalah, sis memang alergi dengan orang-orang yang ada masalah kaki berbau nie.
Rasa nak pengsan dibuatnya bila depa nie bukak kasut. Please, cubalah tips yang sis share nie ok. Cubalah ambil biji-biji kopi dan masukkan ke dalam uncang kain. Kemudian masukkan ke dalam kasut. Tapi, kenalah buat tiap-tiap hari untuk menukar biji kopi (secara berkala). Ini adalah kerana bau kopi ini biasanya mampu bertahan setengah hari sahaja.

Selain berguna untuk menghilangkan bau kaki, kopi juga berguna untuk menghilangkan bau hanyir di dalam peti sejuk, alamari pakaian yang berbau hapak. 

Korang boleh tuang serbuk kopi pada, mangkuk kecil, dan lepas tu letaklah di bahagian sudut peti sejuk ataupun almari pakaian.





3. Menyuburkan Tanaman

Walaupun kediaman sis ada tanah sekangkang kera, hasrat nak bercucuk tanam tu tetap menebal tau. Tips yang satu nie memang turun menurun, mak sis memang amalkan untuk menyuburkan pokok-pokok bunganya.

Kalau hampas kopi ataupun teh, jangan dibuang begitu sahaja. Marah dia! Hahahah… memang kena bubuh kat tanamannhya. Tabur kat sekeliling tanaman dan kemudian gaul-gaul la dengan tanah. Biar macam sebati hampas kopi atau teh tu.

Kalau korang malas nak beli baja, boleh gunakan tips ini. Nutris yang terkandung dalam kopi tak kurang hebatnya macam baja jugak he he he … #konsepjimatcermatselagiboleh




4. Lulur Badan Dan Masker Muka
Kalau rasa bajet tak berapa ada nak beli lulur badan, boleh je buat sendiri. Tapi, kenalah rajin sikit.
Kalau sis okay jer, sekali sekali suka juga buat lulur sendiri. Kalau guna serbuk kopi lagilah senang.Ambil jer hampas kopi tu kemudian campurlah dengan minyak zaitun, minyak kelapa dara ke, minyak almond ke, madu ker. No problem ikut suka korang. 

Lepas tu, korang gaul sampai sebati dan kemudiannya bolehlah berlulur. Khasiat kopi bukan sahaja dapat mengilangkan kotoran dan sel-sel mati di kulit, malahan membantu kulit kita menjadi semakin halus.

Korang juga boleh gunakan hampas kopi ini untuk membuat masker muka sendiri. Sangat bagus untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan paa kulit seperti bintik-bintik hitam, garis-haris halus dan juga kulit kemerahan akibat terkena sinaran matahari.

Ini adalah kerana kopi memiliki kandungan antioksidan yang dapat melegakan kulit yang penat serta kandungan kafien yang dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran kolagen serta memperbaiki kulit yang rosak. Bermakna, serbuk kopi nie memang bagus untuk proses pengelupasan sel-sel kulit mati.




5. Hilangkan Eye Bag
Ampas kopi juga berkesan untuk membantu menghilangkan eye bag atau lingkaran hitam di bawah mata serta mata yang sembab.

Korang boleh try sebab caranya sangat mudah. Ambil ampas kopi yang telah disejukkan di dalam peti sejuk. Kemudian tepek atau lekapkan di kawasan bawah mata juga sekitar kelopak mata.

Korang biarkan kering, lebih kurang dalam 15 minit. Lepas tu bilaslah sehingga bersih. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

Sebenarnya ada banyak lagi khasiat hampas kopi ini. Yang sis share ini adalah yang pernah sis sendiri cuba dan resultnya tidak menghampakan. Gitewwwww….

Okay, sekian sahaja perkongsian sis kali ini. Semoga bermanfaat. Tata

Lurve,
Sis Anie Mohamed