Korang pernah ke makan-makan kat Ali, Muthu & Ah Hock? Sis baru pertama kali. Itupun kebetulan, ada temujanji dengan seorang kenalan lama di The Sphere, Bangsar South.





Sementara menanti kedatangannya, Sis dan Sis Fara lepak-lepak dan bersarapan dahulu di Ali, Muthu & Ah Hock. Actually, kopitiam nie dah famous, ada banyak cawangan dan cukup terkenal dengan keenakan nasi lemaknya dan pelbagai menu lain.

Nasi Lemak Biasa & Nasi Kunyit (pulut kuning) bersama kari ayam menjadi pilihan 

Kalau nasi lemak tu, ada dua pilihan. Sama ada nak Nasi Lemak Biasa ataupun Nasi Lemak Ayam. Menu-menu bergoreng pun ada tau, macam Nasi Goreng, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng.

Kalau nak sarapan yang simple boleh sebab ada Roti Bakar, Telur Mata, Kuih-Kuih, Roti Jala. Nasi Himpit Soto, Mee Rebus dan Nasi Kunyit pun ada tahu. Serius banyak pilihan menu makanan local nie.


Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock mempamerkan budaya satu Malaysia. Ngam habis!!! 

Harga yang berpatutan, berbaloi dengan keenakan rasanya!


Harganya pun biasa-biasa sahaja, tidak terlalu mencekik darah! So kena sangatlah dengan tagline dorang, BIARLAH REAL.  Pagi tu, sis pilih Nasi Lemak Biasa dan barli panas. Manakala sis Fara pula pesan menu Nasi Kunyit, yang dinikmati bersama Kari Ayam. Kami bersembang sambil menikmati keenakan menu sarapan pagi kami di Ali, Muthu & Ah Hock.

Lagi satu, Sis suka dengan suasana pesekitarannya, yang lapang dan tenang. Nak duduk dalam kedai pun boleh, lepak kat bahagian luar pun boleh. Dekonya menarik, very oldies. Hahhaa.. insya-Allah, kalau kami datang ber-meeting di sini lagi, kopitiam Ali, Muhu & Ah Hock pasti menjadi pilihan.


Pertemuan di antara tiga kenalan lama yang pernah bekerja di bawah satu bumbung!
Tq Fara, Tq Kimi, semoga ukhwah kita terus terjalin di bawah rahmatNya.

Kami pilih duduk di ruangan terbuka di luar.Terasa sangat tenang, santai dan ok sangatlah kalau nak ber-meeting di pagi hari.Waaaahh… gitew. Terasa betapa majmuknya negara kita Malaysia! Ali , Muthu & Ah Hock, citarasa 3 budaya! Ala Kedai 1 Malaysia la pulak hee.. hehe hehe…

Okaylah, cerita sis kali ini. Tak dapat nak ambik gambar banyak sangat, sebab sibuk berborak sambil mencurah idea untuk beberapa projek kami yang akan datang. Eeeeceeehh…


Nanti nak try Nasi Lemak Ayam la pulak. Nak cakap jugak... Kari Ayam yang cicah dengan Nasi Kunyit tu sedap!! Haaa...


Sekian dulu. Jumpa lagi. Yang belum try makan-makan di Ali, Muthu & Ah Hock, silalah cuba. 
Ia pasti tidak menghampakan korang!!!


Lurve,
Sis Anie Mohamed