Melihatkan keadaan ekonomi negara kita sekarang ini terasa gerun. Apatah lagi, kebelakangan ini bila mengenangkan kos hidup yang cukup menekankan. Nak menabung pun terasa cukup terseksa!

Tapi, jangan stress ok. Ada beberapa tips atau cara mudah hidup berjimat yang boleh korang praktikan dengan sekelip mata. Kini pilihan itu berada di tangan kita sendiri!

Bukan nak kata apalah, dulu-dulu sis tak berapa nak terapkan tips penting ini. Tapi, bila dah tak makan gaji, tak ada pendapat tetap, sebab dah bekerja sendiri. So, dah pastilah pendapatan bulanan sis kurang stabil berbanding sewatu makan gaji. Dan banyak benda yang sis perlu berjimat cermat gitewwww.

Jadi, untuk tahun 2020 ini, sis mahu lebih berjimat cermat. Kalau korang rasa, nak join sis, jommmm… ikut cara yang diberikan. Sama-sama kita usaha perbaiki dan belajar untuk lebih berdisiplin dalam mengatur kewangan kita.





1. Catat Duit Keluar Dan Duit Masuk

Walaupun nampak tak ada apa sangat, tapi bab nie sebenarnya tersangatlah penting.Kita memang kena ambil tahu, lebih-lebih agi tentang soal pengeluaran duit. Tak susah mana pun, kita hanya perlu mencatat semua duit yang keluar dalam sebulan.

Lepas tu, nilaikan juga apa benda atau barang yang kita beli. Adakah ia benar-benar penting atau perlu dihapuskan sama sekali. Hahahaa…

Menekankan soal duit keluar pada setiap bulan merupakan cara yang efektif untuk jimat duit!




2. Jangan Bersaing Gaya Hidup Orang Lain

Pastikan kita kuat untuk melawan nafsu sendiri apabila melihat segala kemewahan yang dimiliki orang lain ataupun di kalangan kawan-kawan kita sendiri. 

Usah terbawa-bawa dengan perasaan mahu bersaing dengan mereka. Rezeki antara kita berbeza-beza dan syukur sahaja dengan apa yang Allah sudah tetapkan.

Sebaiknya cuba fokus pada situasi dan diri kita sendiri.Usahakan untuk melakukan atau memperbaiki kedudukan kewangan kita yang lebih baik daripada tahun-tahun lalu.

So, ingat ya jangan beli apa yang kita tidak mampu atau tidak diperlukan. Lebih-lebih lagi bila ada time promosi. Yang tak perlu atau penting, jangan dibeli okay!!




3. Jaga Kesihatan Dengan Baik

Menjaga kesihatan badan sangat penting supaya kita tidak mudah jatuh sakit. Bukan apa, kalau asyik sakit jer, tentulah banyak duit yang terpaksa kita keluarkan untuk mendapatkan rawatan perubatan, termasuklah membeli ubat-ubatan di farmasi.

Sekarang nie pulak macam-macam virus yang ada, so jaga kesihatan korang serta family baik-baik. Rajin bersenam, pastikan minum air masak yang mencukupi serta makan secara teratur dengan pengambilan makanan yang sihat.

Mencegah penyakit adalah lebih baik daripada kita terpaksa berhabisan untuk mengubatinya. Keluarga sihat, duit kita pun sihat dan selamat. Hahahaa….




4. Tengok Harga Dan Bandingkannya Sebelum Membeli

Amalan menengok harga serta membandingkannya sebelum membeli nie memang bagus kalau kita amalkan. Sejak kecil lagi, sis sudah terbiasa untuk menengok harga serta membandingkannya sebelum membeli sesuatu, terutama barang keperluan dapur.

Tak kiralah sekalipun korang suka berbelanja secara online. Amalan bijak dalam berbelanja merupakan langkah penting untuk berjimat cermat.
Kocek kita pun akan menjadi lebih sihat kalau boleh dapat barang yang lebih murah dan lebih berkualiti.

Lagipun yang sis notis, harga barangan di sesebuah kedai atau pasaraya tu berbeza-beza. Kadang-kadang beza harganya agak melampau, padahal brand yang sama! Sebagai pengguna kita kenalah lebih bijak sewaktu berbelanja.





5. Masak Sendiri Dan Bawa Bekal


Cuba korang kira, makan dengan hasil air tangan sendiri dari rumah ataupun makan di luar lebih jimat? Kira untuk sebulan ok. Bandingkan mana yang lebih menjimatkan duit.

Kalau sis, makan di rumah jauh lebih murah kosnya berbanding menjamu selera di luar. Korang yang bekerja makan gaji tu, kalau nak berjimat, boleh jer bawa bekal.

Masak menu-menu yang simple. Tapi kenalah bangun lewat awal sedikit. Dah jimat keluar duit untuk membeli sarapan pagi ataupun makan tengahari.

Itulah antara beberapa tips atau cara mudah berjimat cermat yang sis lakukan. Selain itu, sis suka juga membaca artikel-artikel berkaitan dengan kewangan,pelaburan saham dan sebagainya.





Mudah-mudahan rezeki kita semua di tahun 2020 ini lebih mencurah-curah. Insya-Allah. Aamiin.
Sampai ketemu lagi. Semoga bermanfaat!



Lurve,
Sis Anie