Terasa bosan? Tak tahu nak buat apa? Jom, kita buat senaman kempiskan perut!


Perut yang buncit boleh menggambarkan diri kita yang tidak menerapkan gaya hidup sihat serta jarang bersenam atau bersukan. Sebenarnya melakukan senaman kempiskan perut ini tidaklah sesukar yang kita bayangkan. Apa yang diperlukan hanyalah kesungguhan,fokus serta disiplin diri kita sendiri.

Lagipun senaman kempiskan perut yang  sis kongsikan ini tidak mengeluarkan belanja yang besar. Bahkan, kita boleh melakukannya sendiri di rumah. Kebetulan kan time nie kita memang kena duduk rumah, so apalah salahnya kalau kita buat senaman sikit.

Masa yang diperlukan pun setakat 15 hingga 30 minit. Kalau nak cantik dan langsing, tak kan itupun kita tak sanggup buat, kan?

Atasi Masalah Perut Buncit Dengan Senaman Kempiskan Perut:







1. Sit- Up
Senaman fav sis nie. Sejak zaman remaja lagi sampailah dah kertu nie sis  memang suka buat senaman sit-up nie.Caranya tersangatlah mudah.

Korang hanya perlu baring dengan posis terlentang, kemudian tarik badan ke arah depan. Lakukan secara berulang kali selama 15 minit.

Fungsi senaman kempiskan perut dengan cara sit-up ini adalah untuk menguatkan otot, membakar lemak, menghilangkan perut buncit dan mencegah osteoporosis.




2. Bicycle Exercise

Sangat mudah untuk melakukan senaman ini kerana gerakannya pun sederhana.

Baringkan badan, kemudian letakkan kedua tangan di bahagian belakang kepala. Setelah itu, angkatlah lutut kita hingga ke paras dada. Kemudian angkat kepala dan pastikan punggung kita tetap dilantai.

Setelah itu, gerakkan siku kiri agar menyentuh lutut bahagian kanan dan kaki kiri ditarik lurus. Lakukannya secara berulangkali dan berganti-ganti.

ika kita rajin melakukan senaman jenis bicycle exercise ini, tidak mustahil perut buncit kita akan beransur hilang, otot kaki dan perut juga menjadi kuat tegang.






3. Vertical Leg Crunch

Untuk melakukan senaman kempiskan perut vertical leg crunch ini, kita perlu baring dan letakkan tangan di belakang kepala. Kemudian angkat kaki, silangkan. Pastikan bahagian punggung kita tetap mencecah lantai.

Kita hanya perlu menarik tubuh ke depan berkali-kali sewaktu kaki kita di udara. Selain boleh mengurangkan perut buncit, gerakan ini juga boleh membuatkan badan kita jadi lebih segar dan sihat.

Itulah dia 3 senaman yang suka sis lakukan di rumah bagi mengatasi masalah perut buncit.Ketiga-tiga senaman kempiskan perut ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, tetapi kita perlu melakukannya secara teratur, selama 15-30 minit pada setiap hari. Ingat tu! Hahhaha... 

Okaylah itu sahaja perkongsian sis kali ini. Jaga diri ya! 


Lurve,
Sis Anie Mohamed