Musim cuaca panas nie memang sedap sangatlah tekak nie kalau pekena cendol. Nak lagi sedap, tambah pulut ataupun durian! Heaven sungguh!


Teringat pulak baru-baru ini sis ada menikmati cendol pulut. Sis singgah di sebuah gerai cendol di sekitar Sungkai, Perak sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar anak kedua sis yang kembali menyambung pelajarannya di UiTM Seri Iskandar, selepas minggu orentasinya berakhir.

Cendol pulut jadi pilihan
Kalau tengok dari luar, kedai nie nampak macam biasa-biasa jer. Tak sangka pula cukup popular rupanya! Patutlah tak lenggang, ramai jer yang menyinggah untuk mencuba atau menikmati cendol serta menu-menu di gerai tersebut.

Cendol pun ada macam-macam, cendol pulut, cendol kacang dan cendol jagung. Harganya pun berpatutan. Rasanya, oklah… tak mengecewakan. Memadai untuk membasah tekak!

Nikmat sangat bila makan masa cuaca panas-panas!

Selain cendol terdapat pelbagai menu lain yang boleh korang order. Cuma hari tu, sis hanya menikmati cendol pulut sahaja.Antara menu lain yang sis perasan ialah laksa, mee kari dan mee sup. Actually, banyak lagi menu lain yang mungkin sedap.

Nantilah, kalau-kalau ke Seri Iskandar lagi, bolehlah menyinggah lagi di gerai Cendol nih dan rasa pula menu masakannya. Teringin nak try laksa, mana tahu serasi dengan selera nih. Hahaahaha….

Petai oh petai... mana boleh tak beli!!

Oh, ya yang paling best, kat sekitar Sungkai ni ada orang jual petai. Sis memang pantang kalau nampak petai, hahaha… teruja untuk membelinya. Harganya pun ok sangat-sangat jika nak dibandingkan dengan harga petai kat pasar Shah Alam nie.

So, hari tu apa lagi… sis memborong jugak! Maklumlah sis nie ‘hantu petai’, kalau boleh tiap haripun nak ada menu petai bagi merangsang selera! Nanti-nanti, sis share pelbagai resepi masakan berasaskan petai ok!


Lepas nie bila ke Seri Iskandar, dah boleh jer singgah makan Cendol Sungkai
 sambil memborong petai! hehehe...

Hurmm… cukup sampai di sini catatan sis kali ini. Cebisan kisah dalam perjalanan mengantar anak bujang nie balik ke Seri Iskandar gitewwww...


Lurve,
Sis Anie Mohamed