Dah mula mencari-cari tempat berbuka puasa yang best dengan pelbagai juadah enak serta harga yang berbaloi di sekitar Shah Alam? Okay, korang patut jenguk promosi Buffet Ramadhan yang di bawakan oleh Laman Kayangan Shah Alam ini!
Kali ini Laman Kayangan Shah Alam menampilkan menu berbuka puasa Citarasa Malaysia. Terdapat lebih 100 menu yang disediakan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Korang boleh menikmati macam-macam menu enak dari pelbagai negeri di Malaysia.
Konsep stall menjadi pilihan di Laman Kayangan |
Mee Goreng satu!!!!!! |
Bercakap pasal menu, korang yang suka makan gulai tempoyak, kena rasa Tempoyak Ikan Patin Temerloh. Katanya sedap sehingga menjilat jari gitewww… Sis tak rasalah, sebab sis tak makan ikan pati.
Tempoyak Ikan Patin Temerloh |
Laris!! Kambing bakar antara menu yang sentiasa menambat selera pengunjung yang datang ke Laman Kayangan |
Peminat kambing, pastilah tak ketinggalan nak rasa Kambing Mak Dara. Yang suka makan nasi dagang macam sis, wajib rasa Nasi Dagang Pak Hassan. Uuihh… sedap. Oh ya…Sup Daging Merah pun sedap!
Rupa-rupanya ke semua menu yang Sis sebutkan tu adalah antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi daya tarikan utama pengunjung untuk datang berbuka puasa di Laman Kayangan.
Laksa ada, Mee Kari pun ada tau! |
REBUT HARGA PROMOSI!
Kalau korang ada plan nak berbuka puasa kat Laman Kayangan, better la korang buat tempahan awal. Rebut harga promosi sebab ia lebih murah. Untuk tahun 2020, Laman Kayangan tampil dengan harga promosi Buffet Ramadhan yang cukup menarik tau.
HARGA YANG DITAWARKAN:
Early Bird ( pembelian awal bermula 28hb Feb, 2020 hingga 24 April 2020)
RM 59 (Dewasa)
RM 35 (Kanak-Kanak/Warga Emas)
Harga Normal
RM69 (Dewasa)
RM 39 (Kanak-Kanak/Warga Emas)
Pakej Family
Pakej Family
* Beli 2 dewasa, percuma 1 kanak-kanak/warga emas
yang berharga RM 138.00
* Beli 9 dewasa, percuma 1 dewasa yang
* Beli 9 dewasa, percuma 1 dewasa yang
berharga RM621.00
Hubungi Segera!
Kalau rasa nak buat tempahan,
hubungi 03-5885 9224 atau 011-18784681
atau 019-250 3090
FB & IG : lamankayanganshahalam
Hubungi Segera!
Kalau rasa nak buat tempahan,
hubungi 03-5885 9224 atau 011-18784681
atau 019-250 3090
FB & IG : lamankayanganshahalam
Pada majlis prebiu Buffet Ramadhan di Laman Kayangan lalu, telah dihadiri 400 orang jemputan. Dan terima kasihlah sebab sudi mengundang lagi sis ke sini. Memang asyik sekali, sambil makan-makan, layan pulak alunan muzik ghazal yang lunak serta persembahan live band menghiburkan.
Kemudahan seperti surau, tandas ataupun tempat letak kereta disediakan. So, tak adalah masalah lah untuk kita bersolat Maghrib selepas berbuka puasa. Dah selesai solat tersebut, bolehlah kita sambung kembali menikmati lebih 100 menu Citarasa Malaysia tu.
Wajib rasa ye... Mee Goreng Sambal Sotong. Pergh! Enak sekali! |
Sis asyik teringat pula dengan keenakan Mee Goreng Sambal Sotong dan Nasi Dagang Pak Hassan. Memang kena dengan selera dan tekak sis! Hee.. hehehe…
Terjumpa kengkawan lama sewaktu bekerja di bawah satu bumbung dengan sis ketika di Kumpulan Media Karangkraf dahulu. Kita berpossing la ya! |
Ada tak yang nak join? Hahah.. jom kita buat tempahan awal. Rugi kalau tak rebut peluang harga promosi yang ditawarkan. Ayuhhhhhhh!!!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments