Fesyen penuh kesempurnaan! Menyaksikan pertunjukan fesyen Bahari Asyek Syawal Showcase 2020, hati terpegun. Konsep warisan yang diketengahkan benar-benar menyerlah kecantikan dan keanggunan wanita!


Setiap fabrik yang dihasilkan mempunyai keistimewaan tersendiri. Terdapat pelbagai jenis, corak, warna, potongan, cetakan serta sulaman busana yang pastinya akan membuatkan korang rambang mata untuk membuat pilihan.




Kalau suka warna fabrik yang polos pun ada. Sesuai sangat untuk ‘che abe’ dan anak-anak bujang korang buat baju Melayu untuk melaram di Hari Raya nanti.



Sewaktu pertunjukan fesyen Bahari Asyek Showcase 2020 yang baru-baru nie. Sebanyak 17 rekaan baru daripada 32 rekaan buasana koleksi Syawal 2020 telah dipertontonkan.

Antaranya, Kurung Moden Puspa, Kurung Kuno Kapas, Kurung Riau cotton raw silk berperada emas, Kurung Riau Tenun, Kurung Poket dua, Kebaya Pahang cotton Chop, Kurung Tun Fatimah, Kurung Sultana,Kurung Kelas, Kurung Archipelago, Kurung Dandia, Kurung Moden ‘Rosalinda’, Kurung Kuno Bintang Seribu, Kebaya Riau Cengkih, Kurung Tun Teja, Kebaya Cik Siti Wan Kembang dan Kebaya Dayang Senandung.




Uihh… memang cantik mempersonakan dan nampak ekslusif sangat. Apapun, nak lagi puas hati, better korang singgah dan tengok sendiri koleksi itu di butik Busana Bahari Asyek yang terletak di Concorde Hotel Shah Alam dan juga Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam.

Kalau korang nak tahu, Butik Bahari Asyek nie dah wujud sejak 12 tahun yang lalu. Sis sendiri pun kagum dengan kesungguhan serta kecekalan Puan Zahalina, selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek ini dalam usahanya mahu memartabatkan warisan bangsa.





Berikut adalah 17 rekaan baru, daripada 32 rekaan buasana yang diketengahkan sewaktu Syawal Showcase 2020 tempohari.

1.Kurung Moden Puspa
Inspirasi dari kurung moden pada zaman retro 70an yang mana warna terang digunakan beserta butang butang besar diketengahkan bagi menampakkan gaya yang lebih ranggi, lasak, cergas dan cergas (young & energetic)


2.Kurung Kuno Kapas
Menggunakan bahan kapas India dengan teknik ‘hand block’.

3. Kurung Riau Cotton Raw Silk Berperada Emas
Kurung Riau ini menggunakan teknik ‘chop’, ‘hand block’ dengan air prada emas.

4. Kurung Riau Tenun
Menggunakan bahan tenun tangan bercorak garis halus yang ditempah khas dengan warna prime.

5. Kurung Poket Dua
Inspirasi daripada kurung moden zaman retro 70an.

6. Kebaya Pahang Cotton Chop
Inspirasi dari baju kebaya lama berbunga telepok. Menggunakan bahan cotton dengan teknik ‘hand block’ dengan perada (serbuk emas).

7. Kurung Tun Fatimah
Kurung voil sedikit kembang ini memberikan kesan ayu dan beralun apabila si pemakai melangkah. Didatangkan dengan corak ikat.

8. Kurung Sultana
Kurung voil sesuai untuk yang berbadan gempal. Selesa dan versatile. Didatangkan dengan motif “mata ikan” dengan kombinasi bawahan dari corak ikat.

9. Kurung Kelasi
Kurung linen kelasi (corak jalur) mempunyai leher yang berfungsi melindungi leher dari terdedah panas mentari.

10. Kurung Archipelago
Bajunya menggunakan 6 kekek kiri dan kanan mewakili jujukan kepulauan Melayu di Nusantara. Bagi menampakkan kelainan, bahan denim digunakan.

11. Kurung Dandia
Mengambil insprasi dari baju lelaki gujerat dan diolah dengan gaya kurung Melayu. Menggunakan bahan Thai Silk.

12. Kurung Moden ‘Rosalinda’
Kurung moden dengan bahan brocade cantik.

13. Kurung Kuno Bintang Seribu
Hasil sulamannya dibuat dan ditempah khas bagi menghasilkan satu kombinasi yang klasik dan cantik.

14. Kebaya Riau Cengkih
Menggunakan fabric brocade yang ditempah khas bermotifkan rempah ratus cengkih.

15. Kurung Tun Teja
Menggunakan bahan brocade bagi mencetuskan kemewahan.





16. Kebaya Cik Siti Wan Kembang
Kebaya yang menjadi imje Bahari Asyek, menggunakan songket bermotif bunga pecah empat dan design bawahan jalur lebar.

17. Kebaya Dayang Senandung
Kebaya ini mempunyai 17 butang, merupakan rekaan terbaru Bahari Asyek. Menggunakan bahan cotton silk bermotifkan polka dot.


Miliki Sekarang!
Chop! Lagi satu sis nak bagi tahu, kalau korang minat dengan busana yang sebelum ini macam Kebaya 4 Dara, Kebaya Siti Zaleha, Kurung Kedah Sunti dan Kurung Kedah Seri, rekaan tu pun boleh korang miliki.

Datang jer ke butik busana Bahari Asyek. Tengok dan pilih sendiri yang mana satu menjadi pilihan di hati. Memang rambang mata di buatnya!
Kalau korang sibuk atau tak berkesempatan untuk singgah ke sana boleh jer kalau nak beli secara online. Korang terjah lah instagram, @bahariasyek.co




Terdapat dua kaedah jualan online yang ditawarkan:-

Pertama: Promosi/Jualan Buasana Koleksi Pilihan Bahari Asyek (yang mana mengkhususkan untuk pelanggan dan penggemar yang berada di luar daerah serta serata negeri, terutama di Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura)

Kedua: Promosi/Jualan Khusus Busana Online Mampu Milik ( menyasarkan pelanggan serta penggemar yang mencari busana yang berada dalam harga mampu milik)

Kalau nak ikutkan, lagi best lah kalau dapat singgah ke butik Bahari Asyek sendiri. Puas hati bila membeli sebab kita dapat dapat tengok dan pilih sendiri jenis-jenis fabrik, pilihan warna, corak dan sulaman yang disukai.
Bagi korang yang suka busana tradisional, tapi nak nampak simple dan eksklusif koleksi Bahari Asyek juga boleh dimasukkan dalam list Baju Raya 2020 korang akan datang.

Okaylah nak tahu lebih lanjut terjah sahaja 
FB: Bahari Asyek
IG: @bahariasyekofficial


Sekian dulu, selamat mencuci mata!! Fesyen-fesyen yang diperagakan memang sesuai untuk digayakan pada Hari Raya 2020 nanti. ‘Letop’ gaissss hahahahaha…

Bersama Puan Zahalina, Pengarah Urusan Bahari Asyek. Sis kagum dengan kesungguhan serta kecekalan beliau dalam memartabatkan busana warisan bangsa




Lurve,
Sis Anie Mohamed