Khasiat buah kurma memang tiada tandingannya. Buah kurma dianggap penting dan tidak boleh dipisahkan daripada hidangan berbuka puasa. Setelah seharian berpuasa, tubuh memerlukan makanan untuk meningkatkan energi, dan buah kurma adalah pilihan yang sempurna!


buah kurma

Buah Kurma Banyak Nutrisi


Buah kurma mengandungi pelbagai nutrisi, termasuk kalsium, kalium, magnesium dan bermacam-macam vitamin seperti vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, buah kurma memiliki kandungan lemak yang rendah dan tinggi protein serta serat sehingga membuatnya menjadi kudapan sihat.

Baca Juga: 

5 Cara Memperbaiki Diri Di Bulan Ramadan 2024

Resepi Kurma Daging Menu Enak Di Bulan Puasa

buah kurma

Sama ada di bulan puasa ataupun tidak, sebenarnya sis memang suka makan buah kurma. Disebabkan terdapat pelbagai khasiatnya, setiap hari juga (kalau tak lupa.. heheh..heee...) sis akan minum secawan air rendaman kurma (suam). Nak tahu rasanya macam mana, korang try la buat dan minumnya. Sedappp!!

Khasiat Luar Biasa Buah Kurma


Berikut adalah beberapa khasiatnya:

1. Memberikan Energi


Buah kurma adalah salah satu sumber karbohidrat yang mudah dihadamkan serta dapat membantu menyediakan energi dalam waktu yang singkat. Selain itu, buah kruma juga mengandungi fitonutrien yang dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, terutama setelah seharian kita berpuasa.


2. Memperbaiki Sel Kulit Yang Rosak

Buah kurma mengandungi antioksidan dan vitamin B5 atau asid pantotenat.Vitamin ini dikatakan sangat berguna untuk sel-sel kulit kerana mampu memperbaiki keroskaan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Sel kulit yang rosak boleh membuatkan kulit kita menjadi tidak segar, kusam dan tidak berseri. Jadi, jika ingin mendapatkan kulit yang sihat dan cantik semulajadi, makanlah buah kurma secara teratur.

3. Menjaga Kesihatan Jantung

Kandungan natrium dan lemak yang sedikit dalam buah kurma sangat bagus untuk kesihatan jantung. Serat di dalam kurma juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat serta membataskan jumlah oksidasi lemak di dalam darah sehingga dapat mengurrangkan penggumpulan lemak di dinding pembuluh darah.

Di samping itu, kalium di dalam buah kurma mampu membantu mengurangkan risiko terjadinya serangan jantung akibat pembuluh darah jantung yang tersumbat.

4. Mencegah Kanser

Kurma memperlambatkan metabolisme sel-sel kanser dan mencegah kerosakan sel akibat kesan radikal bebas dan pelbagai proses oksidasi di dalam tubuh. Buah ajaib ini mengandungi flavonoid seperti lutein, beta karoten dan zea xanthin yang merupakan agen anti kanser. Khasiat kurma dapat membantu mencegah terjadinya kanser payudara, kanser usus besar, kanser prostat, kanser pancreas dan kanser paru-paru.


buah kurma


5. Bagus Untuk Usus


Buah kurma mengandungi banyak serat yang diperlukan oleh tubuh. Serat yang terkandung di dalam kurma lebih halus dan ringan berbanding daripada buah-buah lain. Ini menjadikannya sangat bagus buat usus, sehingga mampu membantu melancarkan lagi proses penghadaman.

Selain itu, buah kurma juga banyak mengandungi tannin yang berfungsi sebagai zat pembersih pada usus yang bermasalah.

Itulah perkongsian beberapa khasiat buah kurma yang sememangnya luar biasa.Semoga bermanfaat!!