Selamat berpuasa semua. Harap-harap kita semua dapat menitikberatkan soal pemakanan. Untuk mendapatkan berat badan ideal pada hari raya nanti. Paling penting, makanan yang dipilih mestilah kena dengan menu sihat diet di bulan puasa!


menu sihat



Maybe ada di antara kita asyik makan jer time PKP ini. Jadi, gunakan kesempatan di bulan puasa ini untuk menjaga kembali kesihatan dan juga berat badan yang mungkin terlebih sudah, hahaha... Apapun sepanjang bulan Ramadan banyak energi yang diperlukan.


Jadi, kita perlu menitikberatkan soal pemakanan, terutama nutrisi dalam makanan.Selain mendapatkan rehat yang secukupnya, menu sihat dapat membantu kita agar tetap segar ketika berpuasa.


Panduan Menu Sihat Diet Bulan Puasa


Berikut beberapa menu sihat diet yang boleh dijadikan panduan selama berpuasa:

1. Air Masak

Air masak yang telah dicampurkan dengan perahan lemon elok untuk hati. Vitamin C dipercayai baik untuk menghidrasi otot, mengurangkan rasa penat dan lemah badan. Untuk kesihatan juga, cuba hindari pengambilan minuman berkafien seperti soda, kopi dan teh.

Ini adalah kerana ia akan meningkatkan keinginan kita untuk membuang air kecil sehingga menyebabkan hilangnya garam mineral dalam tubuh.

2. Buah Kurma

menu sihat

Kurma merupakan salah satu menu sihat yang wajib dinikmati ketika berpuasa. Kandungan vitamin A, B6, kalium, natrium semulajdi, magnesium dan besi juga tinggi. Buah ini juga mengandungi gula semulajadi yang dapat memberikan energi yang lebih sihat sepanjang kita menunaikan ibadah puasa.

3. Buah-Buahan Segar


Untuk mengisi tenaga yang hilang sepanjang berpuasa, pengambilan menu sihat seperti buah-buahan segar sangat membantu. Karbohidrat kompleks dan penuh serat dapat meningkatkan kadar glukos secara berperingkat serta membantu proses penghadaman.

Hindari pengambilan buah-buah yang masam, jeruk dan nanas sewaktu berbuka puasa. Rasanya yang terlalu masam amat berbahaya buat penghidap gastrik.

4. Sayur-Sayuran Segar


Sayur-sayuran segar juga tersenarai dalam menu sihat ketika berpuasa.Kandungan yang rendah kalori, kaya serat dan banyak nutrisi yang terdapat dalam sayur-sayuran dapat membantu penghadaman.

Sebaiknya pilih sayur-sayuran organik kerana bebas pestisida, herbisida, antibiotik dan bahan kimia berbahaya yang lainnya. Sayuran organik juga lebih tinggi kandungan antioksidan.


Minum segelas jus lobak merah segar merupakan cara terbaik untuk berbuka puasa. Salad daripada sayuran hijau sangat bagus untuk dinikmati sepanjang Ramadan ini.

Baca Juga:

Resepi Kurma Daging Juadah Berbuka Puasa

Cara Buat Nasi Lemak Sedap

10 Cara Perbaiki Diri Sepanjang Bulan Ramadan 2024

daging, ayam,ikan

5. Daging, Ayam Dan Ikan


Daging, ayam atau ikan sebaiknya menjadi menu sihat yang wajib ketika berbuka puasa. Protein yang terkandung di dalamnya akan membuatkan perut kita menjadi cepat kenyang dan tahan lebih lama.


Tambahan pula sepanjang berpuasa kita akan kehilangan otot massa, tetapi dengan pengambilan daging, ayam atau ikan boleh membantu untuk mengurangkan kehilangan otot massa.


Itulah beberapa menu sihat diet yang boleh korang jadikan panduan sepanjang bulan puasa nie nanti. Selamat berpuasa semua, semoga kita mendapat keberatannya. Jaga diri!




Kredit Foto: Google