Tentu ramai rindu nak menikmati juadah buffet Ramadan sepertimana pada tahun-tahun yang lepas. Bagi yang pernah menjamu buffet Ramadan di Shah Alam Convention Centre (SACC), korang tetap berpeluang untuk menikmati keenakan dan kelazatan masakan kumpulan Chef SACC.

Mungkin ada di antara korang yang tak tahu, E-Juadah Ramadan 2020 yang dibawakan oleh SACC ini sudah bermula sejak 24 April lalu dan bakal berakhir pada 21 Mei 2020.

Korang boleh mendapatkan menu-menu a la carte dengan pelbagai menu-menu menarik seperti Udang Lemak Cili Api, Ikan Masin Masak Lemak Nenas, Daging Goreng Berlado, Ayam Kerutup, Kerabu Mangga Muda, Sayur goreng Jawa, Air Kathira, Lai Chi King, Bubur Kacang Hijau, Seleksi Kuih Muih dan banyak lagi.

Sangat-sangat mudah dan korang juga tak perlu ke sana dan ke sini kerana penghantaran turut disediakan. Harga lauk pauk juga berpatutan, bermula dari serendah RM 4.00 untuk satu hidangan. Manakala Harga Set Ramadan yang ditawarkan adalah RM90.00 bersih.

Set Ramdan - Set Ayam Lunak 
Set Ramadan ini sesuai untuk 4 hingga 5 orang dengan hidangan tradisi mereka Set Kebuli dan dua lagi set pilihan iaitu ; Set Nasi Ambeng dan Set Nasi Ayam Lunak. Kesemua set ini lengkap dengan buah kurma, beberapa jenis lauk –pauk, kuih –muih, bubur manisan dan minuman.


TEMPAHAN!
E-JUADAH RAMADAN 2020

1) https://sacc.storehub.me/

· Tempahan perlu dibuat sebelum pukul 2 petang untuk penghantaran pada hari yang sama.

· Tempahan awal boleh dibuat mengikut tarikh penghantaran pilihan anda.

2) https://sacc.beepit.com/
Tempahan boleh dibuat sehingga 6 petang untuk penghantaran pada hari yang sama (konsep foodpanda/grabfood).

Set Ramadan tidak dijual di platform ini kerana masa yang diambil untuk penyediaan adalah lebih lama maka tempahan lebih awal perlu dibuat.

PILIH MANA YANG KORANG SUKA!!  SET RAMADAN SACC 

SET KEBULI
* BUAH TAMAR
* BUBUR LAMBUK TIGA ABDUL
* SALAD ARAB
* NASI KEBULI
* KAMBING BAKAR KEBULI
* AYAM BAHMIA
* RENDANG TELUR PUYUH
* PAJERI TERUNG
* KUIH BUAH MELAKA
* KUIH TEPUNG PELITA
* BUBUR JAGUNG
* AIR KHATIRA



SET NASI AYAM LUNAK
* BUAH TAMAR
* ROTI JALA DAN KARI KENTANG
* ULAM DAN SAMBAL BELACAN
* NASI PUTIH
* AYAM BAKAR
* IKAN PEPES
* KETUPAT SOTONG
* TERUNG SAMBAL
* BEGEDIL
* KUIH KETAYAP
* KUIH TALAM
* BUBUR SUMSUM
* AIR BANDUNG CINCAU

SET NASI AMBENG
* BUAH TAMAR
* MUTABAK RAJA
* KERABU AMBENG
* NASI PUTIH
* MEE GORENG KAMPUNG
* AYAM MASAK SEMUR
* UDANG MENTEGA TELUR MASIN
* SAYUR GORENG JAWA
* SAMBAL KENTANG
* POPIAH PISANG COKLAT
* KUIH LOPIS
* BUBUR KACANG HIJAU
* AIR BANDUNG SODA


PAKEJ PROGRAM RAMADAN CSR

Andaikata, korang berhasrat nak bersedekah atau membuat amal jariah sempena bulan Ramadan ini, boleh sahaja korang join Pakej Program Ramadan CSR yang ditawarkan oleh SACC ini.
Harga bermula daripada RM 20.00+ (minima 30 orang)
Pakej ini menyediakan :
1. Senarai pilihan Rumah Amal atau Pusat Jagaan yang memerlukan bantuan
2. Pengurusan dan penyediaan makanan berbuka puasa
3. Penghantaran ke Rumah Amal atau Pusat Jagaan pilihan korang
4. Sumbangan duit Raya dan banyak lagi

Untuk pakej ini,korang boleh menghubungi pegawai jualan SACC dan berbincang untuk memastikan program Ramadan CSR anda berjalan lancar dan sedikit sebanyak dapat membantu dan menyokong golongan yang memerlukan. 

SEDAPNYA SET AYAM LUNAK! 

Momma gantung kuali!!! Seronok la dapat menikmati juadah Set Ayam Lunak dari SACC bersama anak-anak 

Ayam Bakar 

Sambal Terung

Ikan Pepes

Begedil

Ulam dan Sambal Belacan

Roti Jala dan Kuah Kari Kentang 

Pemanis mulut, Bubur Sumsum, Kuih Talam dan Kuih Ketayap
Dea Marissa pun seronok menjamu selera walaupun 'puasa yang yok' jer... 

Okay korang, kalau dah buntu tak tahu nak masak apa hari ini, elok sangatlah kalau korang order jer menu dari SACC ini. Sis dah try Set Nasi Ayam Lunak, perggh! Memang berbaloi dan sedap!!

Tq SACC sebab menyediakan hidangan yang tidak menghampakan dan membangkitkan selera sis dan keluarga untuk menikmati juadah berbuka puasa kelmarin. Nanti-nanti Sis nak try, Set Nasi Ambeng dan Set Kebuli pulak.

Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed